Sunday, October 31, 2010

10 ciri calon suami...=))

assalamualaikum...

aku baru balik main futsal...actually layan game kat mamak dulu then baru terkedek2 balik...hahaha...late nyte show ni aku postkan smtg tuk renungan bersama...xkisah la bujang dara atau bujang duda atau sememangnya bujang...ini elok dibaca bagi meningkatkan pengetahuan sebagai persediaan menjadi ketua rumah tangga...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

lelaki dok komplen nak wife pandai masak, cantik, n what so ever...so lelaki harus mengambilnya sbg satu cabaran...buktikan anda GAGAH...bukan GAGAL...

bukan berkhutbah cuba betuli diri jua...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: