assalamualaikum...
ok post kali ni berkisarkan kepada keputusan undian liga juara-juara eropah untuk musim 2010/11 yang berlangsung hari ini di Nyon, Switzerland...
Juara musim lalu, Inter Milan akan bertemu finalis Bayern Munich bagi menentukan siapa yang layak untuk ke pusingan seterusnya. pada final lalu Inter Milan menewaskan Bayern 2-0 menerusi jaringan Diego Milito. tekanan pastinya dirasakan Rafa Benitez untuk mempertahankan kejuaraan yang dimiliki. Rafa sebelum ini pernah beraksi di final ketika musim pertama di Anfield setelah menewaskan Ac Milan di Istanbul.
Barcelona diundi bertemu Arsenal di Emirates untuk pusingan awal dan ini menyaksikan pertembungan bekas finalis 2006 di France yang berkesudahan Barcelona menewaskan Arsenal ketika itu.
Juara 9 kali Real Madrid akan bertemu Lyon sekali lagi setelah mengharungi 6 musim mengecewakan apabila mereka gagal melepasi pusingan kalah mati. Lyon adalah antara pasukan yang meranapkan impian mereka sepanjang tempoh 6 tahun kegagalan. Tugas berat sudah semestinya menanti Mourinho untuk membawa pulang piala ke Madrid setelah berjaya melakukannya di Inter musim lalu.
Manchester United diundi bertemu Marseille sementara pendatang baru Tottenham Hotspur akan bertandang ke Ac Milan untuk perlawanan pusingan pertama.
Bekas penyerang Real Madrid, Raul akan mengetuai FC Shalke04 ke Valencia bagi mencari pemulaan selesa menjelang perlawanan pusingan pertama. As Roma pula melayan kunjungan Shaktar Donetsk di Rome sementara Chelsea akan ke Denmark bagi menghadapi FC Copenhagen.
pusingan pertama akan belangsung pada 15/16,22/23 februari dan pusingan kedua akan berlangsung pada 8/9,15,16 Mac 2011.
sementara itu undian Piala Europa menyaksikan dua wakil kelab Inggeris, Liverpool & Manchester City akan berkunjung ke Rusia dan Greece untuk pusingan kalah mati.
Juara musim lalu Atletico Madrid gagal ke pusingan seterusnya kerna hanya sekadar mencatat keputusan seri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan...
to be continued.....arjuna kayangan layangan =))
No comments:
Post a Comment