Wednesday, June 30, 2010

Ikhlas dari yang tersayang kepadamu =))

Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku /Skandalku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7.Tolong jangan perli abang sebagai contoh perli solat tahajud malas tengok world cup rajin. Ini pedas amat ni kalah wasabi. Jadi, time abang tengah ralit tengok bola tu jangan sesekali sayang cuba naik mimbar baca khutbah atau pasang kaset ceramah Ust Asri bertajuk 'Solat Malam' di sekitar TV tu. Cuba try cari time lain untuk aktiviti amar makruf nahi mungkar itu sebab ketika tengok bola, fikiran orang lelaki ni dia tak berapa nak center. Kalau cukup center dia takkan bakar kerusi stadium yang tak tau apa apa tu.

8.Sayang adalah amat ditegah membuat ulasan bola tanpa pengetahuan spesifik lalu kedengaran sangat spastik atau keji sebenarnya. Contoh pertama ulasan tersebut, "haha muka pengadil macam Sabri Yunus" ketika pengadil bagi penalti kat team lawan. Contoh2, "Lar apsal la nak kejar bola sebiji tu, kasi la sorang satu." Contoh 3, "Eh corak Jersi dia macam warna langsir orang sebelah laaa." Contoh 4, "HAHAHAHA." Sayang gelak macam hantu kat player yang sedang bergaduh gara-gara team nak kalah. Team itu pula team pujaan abang. Haaa.. jaga-jaga. Tak kena gaya, ada yang makan selipar nanti.

9.Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

10. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

11. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a) Abang tak akan pergi,
b) Abang tak akan pergi, dan
c) Abang tak akan pergi.

12. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

13. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

14. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S
Dan satu lagi, jika kereta sayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Monday, June 28, 2010

PC Anak berkaitan isu FELDA....=))

assalamualaikum...

aku sekarang one of members satu syarikat media...xperlu ler nk sibuk tau ape company tersebut.....kalo tau pun diam-diam sudeyhh...

keje aku semalam jadi editor video n g cover story pasal Felda....Felda sekarang dikaitkan dengan isu ketirisan pendapatan yg sebenarnya mencecah berbillion ringgit..baru2 ni timbul isu n ura-ura ingin menyaman akhbar Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Suara Keadilan....

di Klang sabtu lepas telah diadakan majlis membakar suara keadilan yang kononnya menyebarkan fitnah...kalo xder angin masakan pokok bergoyang derrr...



SK telah mengeluarkan berita bertajuk FELDA BANGKRAP....maka puak-puak hero melayu ni ape ag bangkit la mempertahankan statement dengan mengatakan SK sengaja mereka cerita bagi memburukkan nama Felda yang walhalnya memang mengalami masalah kebocoran hasil keuntungan akibat kerja-kerja tidak bertanggungjawab 'tangan tangan firaun'.....

Pc dihadiri oleh saudara Mazlan Aliman, yang merupakan pengerusi persatuan anak2 feneroka (ANAK) dan bekas menteri tanah dan koperasi Dr. Tan Kee Wong....kenyataan dibuat berdasarkan respon oleh Datuk Ahmad Maslan yang mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.



Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

kenyataan ini meragukan Anak dan 3 laporan polis telah dibuat dan tempoh sehingga bulan jun diberikan kepada semua pihak yang ingin membuat laporan polis berkaitan isu ini....



sekiranya tiada sebarang respons terhadap laporan yang dibuat...maka laporan SPRM akan dibuat dan bukti2 lain akan dideahkan termasuk anak2 syarikat felda yang mengalami kerugian...

* berat nanang sungguh...dah berkuasa tidak amanah...ape la nak jadi...jangan 'kenyang' kat dunia tapi 'lapar' kat akhirat....paling kelakar nak sawan Yb Wahid Endut sebab kemukakan soalan n memberikan statement dalam dewan rakyat...hahahhaa...lawak arrr..mane ada kuasa nak saman kalo statement dibuat dalam dewan yg mulia...rujuk balik kitab tu molek2 deh...selain itu juga Datuk Zaid Ibrahim turut disebut sebagai calon-calon yang bakal disaman...fikir2kanlah...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Lama xupdate blog..

assalamualaikum....

allahurabbi....lama xupdate blog usang ni...dah bersawang ke dah roboh agak2nya....al-maklumlah lama xupdate sebarang cerita kedai kopi...bukan xder bnda nk dicoretkan...ada sahaja tapi lebih banyak fokus kepada facebook...facebook jer la geng2 ramai n 'bunga pon ramai...kihkihkih...

actually setiap hari berazam nak update cerita...tapi sorry to say arr mmg malas nak taip lagi mengadap bnda alah sumer ni...

ok2...mulai hari ni nekad mest up story...baru ler jadi blogger berjaya...kihkihkih =D

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Doa Pendekat Jodoh =))

assalamualaikum

Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Monday, June 7, 2010

Berwuduk...mengapa?




WUDUK kalao dari segi hukum bersolat, beliau adalah syarat sah solat....berwuduk juga secara tidak langsung adalah cara menyucikan hadas kecil...tapi dalam kepala batu kita ni pernah x kita pk kenapa wuduk ada 9 perkara yg kita sering lakukan...ini ceritanya...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

9. Tertib : maksud tertib ni yang mana dahulu, didahulukan....yang kemudian di kemudiankan....

Ilmu sedikit perlu dikongsi agar berkat kehidupan ini....

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))