Sunday, August 31, 2008

Pantun Nasihat....Hahahaha


Assalamualaikum....

aku tertarik dengan pantun Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin....renungkan la yer...

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI.

see u at the next blog.....arjuna kayangan layangan

Ramadhan 2008

ramadhan lalu aku sendiri....
ramadhan kini aku masih sendiri....
ramadhan mengenangkanku kepadanya
ramadhan aku mengenalinya...
ramadhan dia pergi meninggalkanku....
ramadhan membuatkan aku hiba...
ramadhan membuatkan aku merenung kembali khilafku kepada-Nya....
aku bermohon ramadhan akan menemukan dirinya semula kelak...
menceriakan semula hati yang sepi dengan kasih sayangnya.....
aku percaya dan yakin dia akan kembali pada ramadhan yang mendatang...
ramadhan bila?
ramadhan yang akan ditentukan oleh-Nya.....
aku akan menanti ramadhan tersebut....

aku memohon ampun dan maaf kepada kalian semula....
aku tidak tahu adakah ini ramadhan yang terakhir buatku?
masih sempatkah aku memilikinya semula pada ramadhan yang mendatang?
aku masih percaya dan yakin akan mendapatkan dirinya semula
menyambut ramadhan bersama-sama...

itulah impianku bersamanya....
semoga dimakbulkan Allah...
Amin ya rabbal alamin.....

*selamat menyambut ramadhan al-mubarak from

arjuna kayangan layangan

Thursday, August 28, 2008

Iklan Petronas, Aiman Gyver.....Kemerdekaan ke-51



Iklan yang Cukup Bagus.....

See you at the next blog.....afix23 anne24

Kriteria Lelaki Soleh Seperti Yang Di Maksudkan Dalam Hadis Dan Al-Quran

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Kita renungkan bersama mengenainya....Insyaallah kita akn menjadi yang terbaik kelak....


see you at the next blog.....alien anne

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

fikir dan renungkanlah.....se u at the next blog.....fixanne

Kemenagan Di Permatang Pauh Bukti Kebangkitan Rakyat

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi


26 Ogos lalu menjadi saksi kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memenagi semula kerusi parlimen P44 setelah berada dalam buangan apabila disingkirkan daripada parlimen dan kerajaan 10 tahun lalu atas pelbagai pertuduhan yang dilemparkan kepadanya.

kekosongan yang dilakukan oleh penyandang lepas, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga isteri tercinta beliau memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan menang sekaligus meletakkan beliau selaku Ketua Pembangkang baru di Parlimen.

Datuk Seri Anwar yang dihujani tuduhan termasuk tuduhan liwat keatas bekas pembantunya, Saiful Bukhari berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 15 671 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Ariff Shah Omar dan calon AKIM, Hanafi Mamat.

Walaupun BN menggunakan seluruh kuasa media yang dimilikinya namun masih gagal menarik perhatian pengundi untuk memangkah BN dimana Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR yang telah disandang sejak tahun 1982 ketika DSAI mewakili UMNO lagi.

Kemenangan DSAI ini memberi isyarat baru bahawa Pakatan Rakyat begitu komited untuk membantu rakyat yang sedang mengalami krisis kos kehidupan yang tinggi dan membebankan ditambah dengan kenaikkan harga minyak serta barangan.

Hasrat untuk menjejaki Putrajaya yang diwar-warkan dengan begitu komited seolah-olah memberi petanda awal melalui kemenangan ini. tarikh keramat 16 September menjadi igauan buruk kepada pihak kerajaan yang menghitung hari kerana terdapat beberapa ahli parlimen BN dijangka bakal melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan keatas kemenangan ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan berniat baik. insyaallah hasrat menawan Putrajaya pada 16 September akan tercapai hendaknya. semuanya terletak pada takdir Allah....

Kebangkitan Islam Bermula DI SINI!!!!!...Salam Reformasi...ALLAHUAKHBAR.....

see you at the next blog.....afx 23_ann 3242

Aidoiiiyaiiiiii

Assalamualaikum.....

lama dah xanta post kat blog sendirik....hahahahah....ni ada satu stoli nk moli arr kn!!!!!.....21 ogos lepas....aku rase mmg cukup sengal + frust....hari ni hjn bkn main lebat....so cdgn nk g kolej naik train terbantut la......

so ape lagi naik arr kete aku.....yg peliknya dekat 1 jam aku start kete aku....tapi tgh jalan still mati....aku pon sampai kolej arrr.....pdhal hati xsenang maa.....

akhirnya ketidak tenangan aku akhirnya terjawab....kete aku xleh start pulak time balik....Ya Allah.....dah sah kete aku ada prob....ape lagi.....pg panggil pomen kat workshop bwh island penisular.....

pomen check rupernyer aku pnye api kete xckup sampai kat bateri....so call Boss arr...bos kate repair......yang aku terkejutnya, 8 fius terpaksa dipasang.....mak aiii.....bukan cket kalo dah 8....yang sengalnya total sume RM 440......wow!!!!......ape lagi dad aku brainwash aku arr.....hahaha....sejak 2 aku xbek kete g kolej....simpan jew kat umah.....

aku still igt anne cakap......'kalo la u totalkn sume jumlah u repair kete u, dah boleh dapt 1 kete waja baru'......aku still igt ayat 2.....btol ckp dia.....tapi pada aku, kete 2 la kngn aku dgn anne yg masih segar n tinggal.....aku xkn jual kete 2.......cukup penuh sentimen kenangan cintaku dengan anne......fix xkn jual kete 2 anne......fix akn jaga mcm fix jaga cinta kita berdua....itu janji fix....


ni aku sertakan pic part yg aku repair....


yang putih 2 arr fius...


ni la hasilnya....huhuhu....

biarpon ia kete lama, masih lagi menjadi perhatian orang....baik aku simpan duit utk recalim anne balik dr bli kete waja baru....hahahaha....pape pon my beloved averide mustang is always the best.....aku slalu bygkan anne ada disebelahku....insyaallah kelak ia akan kembali....amin ya rabbal alamin.....

see u at the next blog.....fixanne_2324

Monday, August 18, 2008

My New DC Shoecousa


Assalamualaikum....

aku baru jew jejak umah sewa aku setelah berehat panjang di perak....alhamdulillah sume ok....tp still kureng sihat cket......tp xpa....still standing is better than anything....hehehehe...

balik ipoh baru ni aku g la tgv ipoh kat Jusco (ex aku slalu sbt mcm ni)....hahahaha....cadang nk tgk cter 21...tapi xtayang plak kat ipoh....hampas.....last tgk cte susuk.....nasib baik best....xnyesal pg tgk la....

then g usha kat ipoh parade plak....still xda...rupenyer kat ipoh xtayang.....sengal btol!!!!......pape pon dalam syok ronda kat parade ape lagi g usha kasut....hahahaha.....finally ada gak yang berkenan dihati n menarik untuk dipakai....
DC Shoecausa

ni la 1 time dalam hidup pakai kasut DC....bersyukur sangat dapt kasut ni...dah tua2 baru merasa.....hahahaha.....blom rasmi lagi...hehehe...

see u at the next blog.....afix23

Sunday, August 17, 2008

Sakitnya Diriku......

assalamualaikum.....

lama dah xpost kat blog sendiri.....sorry my blog.....agak bz n kureng story nk molly kat blog ni....mgu ni aku kurang sihat sgt....demam teruk btol....dekat 3 minggu dah kesihatan aku terjejas....lebih-lebih lagi lepas Tsunami Cinta melanda dalam hidupku.....hahahaha....biasa la 2....orang pts cinta mmg mcm ni....hehehe...

bukan 2 jew faktor sebenarnya....lagipon sekarang cuaca xmenentu....so mcm ni la keadaan kesihatan aku pon jadi tonggang terbalik la....hahaha...

sekarang aku makin pulih.....alhamdulillah....sume ok dah....tp stll la batuk-batuk coz kahak still xcukup cair.....so still kne makan ubat.....hehehe...aku xla suka sgt makan ubat....bukn takut...tapi mmg suka biar sakit....pelik btol makhluk mcm aku ni......pape pon thanks kat kwn aku sorang ni, si khairul zikri coz kasi ubat paracetamol (aku main belasah kromo jew eja).....alhamdulillah lega cket....ni la ubat-ubat yang aku cekik....huhuhu....




ni la ubat yang aku telan sepanjang sakit.....aidoiyaiiii

sekarang aku suah kembali normal...nasib baik syukur alhamdulillah.....see u next....

afx 23_ann 3242

Monday, August 11, 2008

Beginikah Keadaan Di Parlimen Kita?????



Pape pon....Korang Nilai La Sendirik yer.....

see you at the next blog.....afix mustang anne avi

Sunday, August 10, 2008

Malique feat M. Nasir - Mantera Beradu

Masih Belum Sempurna

Gerakkan Hati,Hati Gerakkan,
Pandang Lah Aku, Aku Lah Dia

Kulitku Tebal, Ku Bebal, Ingatkan Kebal,
Banyak Berbual, Makan Angin,Kembung Perut Mual,
Resah Dan Tidak Senang Hidup Tak Pernah Lenang
Kozkizo Paranoya, Takut Pecah Tembelang

Pecah Tembelang Petada Hilang,
Angau Dah Pulang Suara Sumbang

Lidahku Kaku Tak Selincir Kuku, Teman Baikku Buku,
Biniku Pena Tak Penah Lena
Aku Suka Mengintai Pantang Ditenung
Berakhir Pertelingkahan Dalaman Pasti Belum
Ikut Gerak Hati Pena Melayang, Di Lihat Dua Layang Pandang
Tak Lah Segarang, Takat Meradang, Tanya Abang Gedang Apa Barang
Badan Macam Badang Main Acap Belakang Parang,
Hunuskan Keris Musuh Ada Pistol,
Tradisi Kekalkan Adaptasi Harus Betul,
7 Baris Keramat, 7 Garis Penamat.
Baik Berpada Biar Jahat Asal Selamat

(Ramai Saudaraku Yang Baik Telah Dipijak)

-Chorus-
Awan Mendung Yang Berarak,
Bawa Tangis, Bawa Resah.
Rebah Rindu Yang Terkumpul
Semua Jerat Dan Kalimat
Semua Janji Yang Terikat
Lebur Disisimu

Ijazah Terbaik Datangnya Dari Jalanan,
Dari Pengalaman Bercakar Dan Bersalaman,
Konflik Motivasi Cuba Meditasi,
Positif Yang Benci Jadi Inspirasi Pagi
Peduli Intrigasi Basi, Pekakkan Sebelah Halang Biar Keduanya
Muka Cantik Soalan Bodoh Yang Ditanya
Jadi Melodi Yang Lebih Hina Dari Zina
Lu Bikin Dosa Ku Bikin Prosa,
Testoteron, Testarosa, Cita-Cita Sosa
KL..KL.. Kosa Nostra,
Jalan Berliku Ku Harung Rollar Kosta,
Gah Sentosa Tiada Penyesalan
Luas Pemandangan Jauh Dah Berjalan,
Tak Sempurna Masih Ada Kejanggalan,
Gagal Merancang, Merancang Kegagalan

Awan Mendung Yang Berarak,
Bawa Tangis, Bawa Resah.
Rebah Rindu Yang Terkumpul
Semua Jerat Dan Kalimat
Semua Janji Yang Terikat
Lebur Disisimu

Kucing Bawa Tidur, Rimau Bawa Ngigau.
Masuk Tempat Orang Bawak Otak Bukan Pisau

Naik Bukit Angkuh Cakap Ayah Jangan Risau,
Turun Bukit Pucat, Dengar 3 Meow,
Kucing Bawa Tidur, Rimau Bawa Ngigau.
Masuk Tempat Orang Bawak Otak Bukan Pisau
Tolak Pintu Gua, 3 Kerah Tenaga
Kosong Tak Dijaga Sampai Datang 3 Naga
Ingat Nak Berlaga, Tapi Takkan Boleh Menang
Menang Dengan Otak, Tak Mesti Dengan Pedang
Sebelum Jadi Naga Ikan Koi Renang-Renang,
Kura-Kura, Salah Jawapan Pun Naik Berang,
Panggil 5 Kawan, Atau Biar Pergi Laju
Risaukan Perkara Temeh, Kita Takkan Maju
Muka Sama Hijau, Hati Sapa Tahu.
Merah Dan Menyala, Pasti Mati Siapa Mahu
Gagap Tiga Kali, Bercakap Benar Saja
Bulan Yang Terang Ramai Yg Keluar Buat Kerja
Panjat Pokok Buluh, Cari Tokong Air Terjun,
Naik Sampai Nampak, Dah Terpegun Turun,
3 Ular Ikut Lompat Atau Paut
Kalau Lari Mati, Jika Belot Maut.

Awan Mendung Yang Berarak,
Bawa Tangis, Bawa Resah.
Rebah Rindu Yang Terkumpul
Semua Jerat Dan Kalimat
Semua Janji Yang Terikat
Lebur Disisimu

Puisi Hatimu, Hatimu Puisi,
Palu Hatiku, Palu Hatiku

Kulit Tak Bersalin, Walau Saling Ganti Baju
Pandang Sinis, Pandang Sinis.
Ku Berbahasa Baku,
Kata-Kata Nahu Himpun Jadi Satu
Mantera Beradu Dengan Irama Dan Lagu

Akhirnya Sempurna…

Kenapa Mesti Mengalah???

assalamualaikum....

kenapa mesti mengalah? pernahkah kamu terfikir mengenainya? aku pelik...selalu sangat orang berkata 'susah', 'xboleh' n mcm-mcm lagi......aku bukn nk kta aku ni hebat...sume manusia xsempurna...tapi kenapa kita mesti mengalah n berkata 'tidak' sebelum melakukan sesuatu tugas?

bagi aku kalo kita xbg semangat pada diri kita, siapa lagi nak bg? awex? bf? kwn?......2 sume bersifat sementara....kalo dorg dah tinggalkan kita, sape lagi nk kasi semangat kalo bkn diri sendiri....

xda sape akan merubah diri kita melainkan diri kita sendiri......kita hidup di dunia ni hanyalah bersifat sementara...tiada yang kekal....jadi kenapa mesti mengalah? kenapa mesti berkata tidak?...kejayaan yang ditempa bermula dari kegagalan di masa silam....

aku pernah gagal dalam kehidupan ini....paling besar bt masa ni kegagalan aku mempertahankan cinta yang aku masih perjuangkan......tapi aku masih belum mengalah....kenapa aku mesti mengalah? kerana dia ada lelaki lain?....come on la.....kalo kita sendiri mengalah, kita dah menggagalkan cita-cita dan impian kita.....

setiap apa yang kita ingini belum tentu akn kita kecapi di dunia ini...tapi kita masih boleh berusaha....setiap yang berlaku ada hikmahnya....kalo kita xdapat sekarang, mungkin kit akan dapat kelak.....PERCAYALAH!!!!...

setiap orang ada impian masing-masing....setiap cita-cita perlu diperjuangkan dengan penuh bersemangat....biar orang cakap 'xmgkin kita akan dapat'.....siapa meraka untuk berkata sedemikian?.....Allah yang tentukan rezeki masing-masing...

kepada sume orang di luar sana, percayalah....setiap orang akan mendapat apa yang dihajati...cuma memerlukan ruang masa....xsemua permintaan kita akan makbul....tapi kene berusaha dan terus berdoa....memang bukan rezeki kita buat masa ini...masa akan datang siapa tahu?

ingat...perjuangan belum selesai.....Live Fast, Fight Hard.......Never Back Down, Never Quit....kita sume akan berjaya kelak insyaallah....

see u at the next blog.....afix 23 averide

Saturday, August 9, 2008

Averide Ke Lost World Tambun

assalamualaikum......

3 ogos yang lalu averide motorsports (geng kete aku ) telah bt hari istirehat bersama ahli kelab...ktorg sume teleh memilih utk ke Sunway City Tambun.....

10 org ahli telah berjaya untuk hadir....kat cni just enjoy jer.....tp hari ni arr ramai btoiii org...bdk uitm seri iskandar coz accounting pon ader bt event gak....so kire sesak gak la....check in jew dah 25 ragak....mmg cekik darah btol......then dh la tmpt full....lagi hampeh!!!!!

pic b4 check in

cuci mata usha awex'z uitm......hehehe

Selamat Tinggal Lost World....

see u at the next blog.....fixanne_2324

Diari Seorang Isteri Kepada Suaminya Yang Tercinta

Aduh...sakitnyer. .isk.... . aduuh....Bang
sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.


"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam
dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda
yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa
la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan
sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak
keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak
mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari
(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut
kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good
mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua
dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy
and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa.
"Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah
kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan
diri setelah menyaksikan
kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu
menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl
Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa
masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak
kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja.
Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi
semula.
Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di
nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah

Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.
Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa
Nisa
mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada
sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja
tuduhan yang tidak
masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak
sanggup Nisa hadapi semua
itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan
semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung
Zakri tak percaya Nisa mengandung
anak dia, dua kali dia membuat
pemeriksaan Antenatal samada Nisa
mengandung.Zakri ragu anak dalam
kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah
mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas
berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam
kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula
yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada
Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas
di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam
dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja.
Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah
nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang
kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa
ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang
yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"?
terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik
cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri
sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan
kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat
tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu
menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri,
suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan
baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan
menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu
kawan kau lama tu yang satu
opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik
lagi budak tu"marah Zakri.
"Entah-entah keturunan kau,
darah daging kau pun tak senonoh ....heee
teruk. Nasib aku la dapat
bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.
"Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya
bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah
macam darah daging saya sendiri" kata Nisa
pada Zakri.
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak
pernah
tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya
kedunia,"ucap
Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu
Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya
apabila habis waktu
kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.
Zakri
bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif.Kalau
Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri
sehingga pukul 10.30
malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat
membeli belah itu tamat waktu
perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong
pada emak dan keluarga lain dengan
mengatakan Nisa buat overtime di
pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian
kerana tidak mahu
dikata-kata dan dituduh lagi.
Dengan keadaan perut semakin membesar
Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala
Zakri tidak menjemput
Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa
sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta
jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,
perempuan
tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.
Pernah

suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai
sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik
angin dan
cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak
layak
jadi isterilah, menyusahkan macam-macam
kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan
diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke
rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh...Nisa
sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah
melanda
perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa
masih

mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri
dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan
kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan
menanggung
kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang
ingin
mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi
ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak
jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong
apa yang patut.
Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka,
ingat tak masa kita
kahwin
mereka bekerja keras kan "kata
Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang
berehat menonton.
"Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut
plak
hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya
bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh
tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi
langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat
dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa
cuma nak ingatkan
Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa
dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa
tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening
kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH
kau
kuatkan iman aku YA
ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya
YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut
dinding
dan menangis.
Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa
kepala Nisa macam nak pecah. Kebas
masih lagi dan membengkak..
berdenyut2. ."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa
membuat Abang
marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie
sebok
je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah
sebuah caf�. "Hoi,
Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa
punya
laki
ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je
kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri
dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
"Senangnya hidup
Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus
hati
Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok
sebelah
dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka
dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah
daging engkau tau, cuba
fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang
tengah
berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri
selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau
jangan menyesal
Zakri,
sesal tak sudah nanti" kata Azlan
lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello
Zakri speaking" jawab
Zakri.
"Hello Zakri, Doktor
Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke
hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari
"Iye ke, teruk ke dia Johari ,
okay I datang"...tuttttttt . Zakri
menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Nisa
tak sedar diri .."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata
bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri.
"Alah jom ler
cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan
Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang
serius, sebelum nie
pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan
kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan
dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia
pernah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding

sekuatnya... dan
selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun
membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya dan
semenjak kejadian itu Nisa sering sakit
kepala yang teruk ...tapi
Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan
Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada .saja buat sakit untuk minta
simpati...tetapi
sebaliknya.. ..Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah
buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala
sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat
sangat
katanya
so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya
dan
confirm otaknya ada darah
beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu
lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation
sebelum
meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan
tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm

really
sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata
Doktor
Johari lalu memberikan Zakri
sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih
baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari
Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang
berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan
nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di
diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan
buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa
begini" terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap
lembaran
diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari
yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat
Zakri
tertarik untuk membacanya..

Untuk suami Nisa yang
tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN
PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak
bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali
Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga
inilah lambang
bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi
Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang
tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa
AYANG seperti
kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa
diri dimanja bila
Abang
panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa
dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak
berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan
tidak kedengaran
untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat
nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada
Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita
yang
pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak
perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan
melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari
ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui
NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan
jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa.
Itulah
hadiah
paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah
darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi
bukan mereka. Sayangilah
mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa
tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa.
Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.
Terima kasih
kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang
kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa
bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan
mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak
kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang
bukan
dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat
mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap
sangat Abang akan sentiasa
memberitahu pada kembar kita yang Nisa
ibunya akan sentiasa bersama
disamping kembar kita, walau pun Nisa
tak dapat membelai dan hanya
seketika
sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.
Berjanji pada Nisa
dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging
abang...Ampunkan Nisa
dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun
kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada
emak
Nisa
supaya emak menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak
menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak
sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita. Comel anak
kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata
orang dan
Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya.
..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa
untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun
Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

"Sabarlah
Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA
ALLAH,Nisa
maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya
terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa
jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.
Belakang gambar itu
tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA
DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.

SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA
DAN KELUARGA NISA
HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk
dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri
seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya
terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai
begini
jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak

terdaya
untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan
Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat
Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup
dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan
lirik mata Nisa
mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"
bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta

penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar
disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan
terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir
dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata
Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.


Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan
diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai
yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak
tahu apa-apa tapi
biarlah
kembar mengiringi pemergian Nisa,
Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu. Zakri
tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi
pemergian Nisa
yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa
selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan
pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang

merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan
penyesalan
...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU
sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri
dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Nisa
Putih
bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak
kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH
,Zakri,Zakri

bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau
tidur kat
sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri.
Dari jauh Zakri lihat
emak
dan kakak ipar mengendung kembar.
Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke
arah kembarnya dan
mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan

menjagamu
nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah...
emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu
lemah meninggalkan pusara
Nisa...

My Final Project Last Sem

Welcome To The New Blog

Assalamualaikum.......

Blogku Ini Dalah Untuk Dikongsikan Dalam Hidupku Kepada Kamu Wahai Temanku.....Selamat Datang Dan Semoga Kamu Gembira Melayarinya.....

afix23