Wednesday, April 28, 2010

Dimanakah kita?

Umat islam yang sudah tidak sembahyang, golongan ini berdasarkan sebuah hadis “jatuh menjadi kafir”.

Umat islam yang mengejarkan ibadat sembahyang secara jahil. Golongan ini tertolak ibadahnya dan berada di dalam dosa dan derhaka.

Golongan yang mengejarkan solat, faham ilmu solat, tapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, solat tidak istiqamah, kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak ini adalah Golongan fasik... See More

Golongan yang mengejarkan ibadah solat walaupun ilmunya tepat tapi waktu mengejarkan solat tidak khusyuk, fikiran tidak sepenuhnya dengan solat Ini adalah Golongan Yang Lalai.

Golongan yang mengejarkan ibadah sembahyang sentiasa tarik tali antara mengingati bacaan sembahyang atau tidak. Mereka adalah golongan yang lemah iaitu tahap mujahadah.

Golongan yang mengejarkan ibadah solat bertepatan dengan ilmunya tetapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah golongan “awwamul muslimin”

Golongan yang mengejarkan ibadah solat selain ilmunya tepat, setiap bacaan difahami sehingga tidak teringat perkara-perkara di luar sembahyangnya. Ini adalah golongan orang yang “ Soleh, Abrar, Al-Faizun atau Al-Muflihun, Ashabul Yamin.

Golongan ini sama dengan golongan yang ke-7, tetapi setiap perkataan yang dibacanya dapat difikirkan dan dijiwai oleh hatinya. Inilah golongan Muqarrabin (golongan yang dekat dengan Tuhan).

Golongan ini selain dapat memahami setiap apa yang dibaca dalam solat, dijiwai sungguh-sungguh sehingga asyik dan tenggelam mabuk dengan Tuhannya, samada mabuk takut atau mabuk rindu dengan hingga alam di sekelilingnya tidak disedari lagi. Ini adalah golongan “As-Siddiqin”

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Tuesday, April 13, 2010

Kelebihan Bersugi....

Kelebihan Bersugi.Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat solat yang tidak bersugi.
Menyucikan mulut dan gigi.
Mendapat keredaan Allah.
Mencergaskan otak.
Mencerahkan mata.
Melambatkan tumbuh uban.
Mengurangkan bongkok dan sakit buah pinggang.
Melipatgandakan pahala.
Mengingatkan dua kalimah shahadat ketika hampir mati

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Monday, April 12, 2010

Ohhh Praktikulum......

assalamualaikum....

12-april-2010....menjadi titik sejarah baru dalam hidup aku apabila pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke alam 'pekerjaan' yang selama ini dinantikan sangat....hahahha...dulu masa study excited sangat biler la nak keje.....tapi hari ni aku menghadapinya...ohhh!!! sungguh indah....

bayangkan xder buat pape....maunyer xbosan....huhuhu....opis aku ni dah ler bapak sejukk....aku siap berglove ag...adoiiyaiii...

alhamdulillah dah sebulan lebih kat sini macam2 benda belaja pasal politik ni....setakat jumpa pemimpin tu biasa la...demo, PC, parlimen sumer tu dah menjadi asam garam dunia politik...

best sebenarnya kalo minat...tapi kene study pelan2 la....kau kene kenal pemimpin dan sebagainya....

ok2...mulai saat ni nekad aku akan update blog ni hari2 n bgtau ape event n bnda yg aku cover....

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Monday, April 5, 2010

Perginya Seorang Lagenda...Wuhaiii Beramboi

assalamualaikum....

allahurabbi.....lama xupdate blog aku ni...bukan xda cerita nak dikongsikan...kalo dah lama hidup memang banyak cerita sebenarnya...tapi apa yang aku nak cite ni adalah pengakuan eksklusif yg korang xkan jumpa even kat pelita nasi kandar....

tarikh 2 april 2010, pada jam 12.30 malam menjadi saksi pemergian seorang sahabat yang menceriakn hidup kita semua dengan lawak jenakanya...beliau yang dimaksudkan adalah MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI atau lebih dikenali sebagai DIN BERAMBOI..

Din beramboi, 44 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang setelah mengalami komplikasi organ akibat serangan denggi....beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak...jenazah allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan Taman Ehsan , Kepong sebelum solat jumaat....hampir 500 orang sahabat dan sanak saudara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir....

sebenarnya aku xkenal siapa din beramboi secara peribadi dalam hidup aku....aku bukan saudara dia, bukan adik beradik dia....tapi din merupakan seseorang yang dekat dan sering buat aku ketawa dengan lawaknya...tapi kegagalan aku untuk menderma darah untuk din disaat dia memerlukannya sangat membuatkan aku terkilan...

aku rushing g hospital selayang...siap call sumer member walhal aku xtau pon kat mana hospital selayang...alhamdulillah akhirnya aku jumpa...din ditempatkan di ccu tingkat 5 hospital selayang...aku datang nak derma darah sebab din darah O....aku pon darah O....orang darah O ni penderma universal....tapi kalo memerlukan darah, hanya orang darah O jer boleh bagi....

tapi malangnya pihak hospital cakap kena pegi Tabung Darah Negara HKL....WTF la...orang nak cepat sekali kena g sana...then bawak kad tunjuk baru darah boleh keluar....aku pulang dengan kekecewaan...tapi malam tu din berjaya dapat darah n dia kembali stabil....

tapi Allah lebih sayangkan din....akhirnya dia telah dijemput pulang oleh pencipta-Nya....wlaupun xda rezeki aku nak derma darah....tapi Allah bagi aku peluang tgk din disemadikan...aku rushing dari Ipoh kol 8 pagi...bawak kete macam orang nak gila...habis getah cermin depan aku tertanggal....cover rim aku tercabut...tapi tu sumer aku tak kisah sebab aku dapat memberi penghormatan kepada din buat kali terakhir.....

din seolah-olah tahu akan ajalnya bakal tiba....ini adalah kata-kata akhir din didalam twitter beliau....




tanda2 ajal mula2 bahagian kaki berasa kebas2kemudian beransur2 ke bahagian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya...aku insaf!

tak dapat ramai bertahan apabila diuji dengan kemewahan & kesenangan yakni kekayaan juga sebahagian ujian menuji kehancuran..hati2!





ini pula kata-kata yang cukup sayu....

sesape nak ganti aku tahun depan..dah x larat nak buat klakar sebab dah berumur...nak beribadah pula rasanya....


begitulah kata-kata din sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini...hayati dan fahami maksud video ini




yang hidup pasti akan menemui kematian....itu janji Allah...aku pohon agar kawan-kawan maafkanlah dosa-dosa din...halalkan makan minum dia...sesungguhnya segala gurau sendanya adalah tulus dari hatinya...tak perlu la dicaci dan dimaki...sesungguhnya pemergian Din Beramboi membuatkan hidup yang ceria menjadi sunyi...



Al-Fatihah

to be continued.....arjuna kayangan layangan ='((