Sunday, August 14, 2011

Laungan Azan Haram Di Pulau Pinang?.....=II

assalamualaikum....

ni latest post yg mungkin menyentuh sensitiviti umat Islam..tapi sebagai umat Islam, kita wajib menyiasat sesuatu perkara yang disampaikan tanpa membuat hukuman membabi buta....

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).




TAJUK SURAT: 'Hukum membaca al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara

KANDUNGAN NEWS: suara azan subuh dan bacaan al-Quran tidak lagi berkumandang di Pulau pinang...


Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri:

"Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda:

"Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).


nak spin agak2 la...macam mane plak ada tokok tambah bahagian halangan suara azan....hahahhaa...next tyme nk menipu pun agak2...jgn sampai kantoi....bulan ramadan ni pun nak menipu jer kerjanya...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Sunday, August 7, 2011

15 Perkara Punca Turunnya Bala Allah..=II



Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu;

1) Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3) Zakat dijadikan hutang
4) Suami mengikut kehendak isteri
5) Anak menderhakai ibunya
6) Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
7) Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9) Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
10) Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
11) Arak diminum di merata-rata tempat
12) Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
13) Para artis disanjung-sanjung
14) Muzik banyak dimainkan
15) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

(Hadith riwayat Imam Turmizi)

Huraian Hadith:

Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan.

Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

Bukan Berkhutbah, Cuba Betuli Diri Jua...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =II

Friday, August 5, 2011

Bila Nak Bayar Untuk Berdua?.....=D

Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Al-Baqarah 2:276)

assalamualaikum...

alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih dapat menikmati Ramadhan di hari k-5 untuk tahun ini...moga Allah menerima amalan kita kerana puasa ni ganjaran Allah yang bagi...

kenapa dimulakan dengan ayat al-Quran? jangan pelik...post kali ini nk cerita sebahagian daripada perkara yang perlu kita lakukan di bulan ramadhan selain daripada puasa dan solat terawih semata-mata..sebalinya ada sesuatu amalan yang wajib kita lakukan yakni MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Zakat ini merupakan rukun Islam ketika yang disuruh Allah selepas mengucap 2kalimah syahadah dan solat dan diikuti puasa dan mengerjakan haji di Baitullah bagi mereka yang mampu...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0781.

Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum atas kaum muslimin, hamba sahaya atau orang yang merdeka, laki-laki atau perempuan, kecil atau besar. Dan beliau memerintahkan supaya zakat fitrah itu dibayarkan sebelum orang pergi solat Aidil fitri."

Cantiknya Islam dan al-Quran, hampir semua ayat menyeru kepada mendirikan solat akan turut diperingatkan dengan tuntutan mengeluarkan zakat...sebagai contoh...


Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al-Maaidah 5:55)


dan banyak lagi contoh dalam al-Quran dan boleh semak tafsir untuk makluman selanjutnya...

untuk tahun ini bagi wilayah persekutuan, nilai zakat fitrah adalah RM 7.00...alhamdulillah aku berjaya melaksanakannya...tapi ternyata bila Ramadhan walaupun lama xjumpa amil yg ahndle bayaran zakat di masjid, sempat la bersembang dngn beliau sambil menegur 'kesihatan' badan yg makin menaik ini

aku: assalamualaikum ustaz..
ustaz: waalaikumussalam..lama xjumpa..badan makin sihat ni..
aku: hahaha..biasa la ustaz dah xrajin bersenam...
ustaz: tahun ni nk bayar berapa org?
aku: tahun ni masih sorang, xda org rumah sebagai tanggungan =D
ustaz: kena cari la asyik bayar sorang jer...))
aku: ustaz tolong la carikan sorang, Insyaallah tahun depan bayar berdua..

*hahahhaa =))



resit pembayaran zakat Ramadhan 1432H

aku berfikir juga, sampai bila nak bayar untuk seorang? walhal perkahwinan itu akan membuka ruang rezeki yang lebih luas.....


"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)


Insyaallah aku akan bersama wanita yang terbaik, solehah yang mampu beberikan kebahgiaan di dunia dan di akhirat...aminnn..

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Wednesday, August 3, 2011

Bila Ramadhan Tiba.....=II

assaamualaikum...

just nak share satu hadis yang femes apabila datangnya ramadhan bersama huraiannya...sempena ramadhan ini elok la kita sama-sama mempertingatkan amalan kita kerana tidak sapa mengetahui adakah kita akan berada di ramadhan akan datang atau tidak..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]

Huraian & Pengajaran Hadis:

i) Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.

ii) Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

iii) Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:

a) Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.

b) Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.

c) Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.

d) Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.

iv) Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.

v) Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada "Mulanya RAHMAT, tengahnya PENGAMPUNAN, dan akhirnya MERDEKA dan api neraka.".Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.Wallahualam.

Sesungguhnya yang baik adalah daripada Allah, yang bururk daripada kita sebagai manusia yang penuh dengan kesilapan dan dosa yang kita sendiri lakukan akibat kealpaan dan kelalaian kita...

Mog Allah mengampunkan dosa kita dan menerima amalan kehidupan kita dan kelak aabila kita mati nanti, moga tergolong bersamam dengan orang-orang yang soleh insyaallah...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

al-Fatihah.....=((

assalamualaikum..

alhamdulillah dan syukur, sudah 4 ramadhan kita mengharungi puasa...aku doakan kita semua berjaya menghadapi ujian-Nya yang mahu menilai setinggi mana ketaqwaan hamba-hamba-Nya.

just nak mention satu perkara sahaja...semalam 3 ramadhan genap 19 tahun (mengikut bulan Islam) pemergian datuk tersayang, Ramli bin Abdul Ghafar...beliau meninggal akibat tergelincir ketika mengambil wuduk...

masa tu aku kecil lagi..tidak faham apa erti kehilangan dan kematian...namun alhamdulillah semakin dewasa, insyaallah aku makin mengerti mengenainya...

kepada Arwah atuk, walaupun xsempat nak bermanja kasih dalam tempoh yang lama, namun cucumu ini tidak pernah melupakanmu


Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (An-Nisaa' 4:78)




al-Fatihah kepada semua muslimin dan muslimat yang telah kembali kepada Maha Pencipta..sesungguhnya Dunia hanyalah persinggahaln mengumpul amalan, akhirat yang kekal abadi...kita bakal menyusul kemudian...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =((

Tuesday, August 2, 2011

Racism dan Sensitif?.....=??



assalamualaikum...

just nak share satu video yang hangat diperkatakan ketika ini..ramai yang menyatakan ada smtg yang sensitif dalam video ini dan kononnya 'menghina Islam'...

aku dah tengok video ni beberapa kali dan mencari aspek 'menghina'...xjumpa la pulak...sebaliknya aku jumpa satu PENGAJARAN yang kita sebagai umat Islam perlu melihat dari aspek yang positif dan cuba muhasabah diri kita.

video ni menceritakan adab-adab ketika di bulan Ramadhan terutamanya berkunjung ke bazar dengan adab-adab yang sopan...

part yg kontroversi tu aku rasa part model ni pakai baju sexy then datang bazar nak membeli juadah...kalo kita fahami sebaik mungkin, sebenarnya kita kena faham, bulan puasa ni bulan mendidik kita...bulan latihan daripada Allah..

kalo kita g bazar, bohong la xda awex free hair, pakai baju ketat, nampak susuk tubuh, kalo elak untuk tengok pun, kena tengok jugak....

kita bukan nak cerita kita ni bagus macam xbuat salah, tapi dalam hidup ni kena sambil tegur menegur, amar ma'ruf nahi mungkar....



Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raaf 7:26)


sebagai umat Islam, ingatlah, kita hidup bukan di dunia semata-mata..akhirat adalah tempat balik kita....

fikir-fikirkan...bukan berkhutbah, cuba betuli diri jua...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Bila Tinggal 10 Minit.....=()

Assalamualaikum...

alhamdulillah bersyukur kita masih bertemu dengan ramadhan...dah masuk puasa ketiga...allahurabbi, kejab jer masa berlalu...moga kita dapat jalani Ramadhan dengan tenang dan penuh kesabaran Insyaallah..

aku nak cite aku punya kelam kabut pagi ni. Allahhuakhbar, agak tido lewat sebab dok layan FB sangat, tengok jam pun dekat pukul 1..aiseyh, mata pun xpulak reti nk ngantuk n suruh tido awal...huhuhuu

aku lena kol 1 dengan harapan awal la terbeliak mata nak sahur.. aku kan bujang...xda family kat KL ni..so hidup pandai-pandai sendiri la..

dari 1st day berpuasa, aku memang set alarm aku kol 4 pagi mesti memekik, hari pertama sedar la dengan penuh semangat..so diteruskan dengan hari kedua..

hari kedua nasib la aku balik lewat sempat beli nasi goreng cina sblm tu...aku bangun2 tengok jam kol 5.00....alhamdulillah xla rushing sangat...aku makan relax-relax, minum air 3 gelas + cigar 2 batang tu kira rock steady la...hehehe

masuk hari ke-3, puncanya layan FB smpai kol satu...kena plak badan penat, sedar2 jam pukul 5.40...perghhh!!!!! bersilat derr cari makanan...nasib ada stock roti JOHN CENA..try makan tgk bau dah xleh blah sbb inti sardin....

gila ker, subuh kol 5.52 pagi...kira waktu kecederaan la tu aku mencekik...tapi yang penting aku dapat teguk air dulu..apa2 hal cigar diutamakan..*hehehe..abaikan kenyataan ini*...

Allah tu nak tolong hamba-Nya yang terbabas ni, mujur la aku teringat aku ada stock makanan yg sangat berkhasiat walaupun RETI nak makan tyme RAMADHAN jer...walhal hari bisa sunat dimakan sebab Sunnah Nabi SAW.....tak lain x bukan KURMA YUSUF TAIYOOB...



perghhh!!! syukur pada Allah dapat gak la smtg yg alas perut n memberikan tenaga,insyaallah boleh tahan sampai ke petang...

selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua muslimin dan muslimat...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Sunday, July 31, 2011

al-kisah 1 sahur...=()

assalamualaikum semua...



bersyukur kita kepada Allah dipertemukan semula dengan bulan penuh keberkatan Ramadhan al-Mubarak....setinggi-tinggi rasa rendah diri kita tujukan kepada Allah SWT kerana memberikan kita semua peluang untuk merasai nikmat Ramadhan yang menjanjikan fadhilat yang besar seperti yang dijanjikan oleh Maha Pencipta.

Alhamdulillah sekali lagi menyamnbut 1 Ramdhan, malam pertama solat sunat terawih di rantauan...mmg la xjauh Ipoh dgn KL, tapi kalo balik sana boleh solat jamak Qasar kira perantauan la kan...hehehe...

aku nak cerita bukan mengenai berbuka, tetapi cerita mengenai sahur...

aku di KL menyewa bilik dok bujang. dulu ada member then member aku pun dah duk Bandar Sri Damansara, lagipun dia keje sane. nak dijadikan cerita aku dah study nak beli la cooker untuk aku masak untuk bersahur...

bersemangat la aku habiskan keje ketuk story MB turun ke bandar tun razak...dah settle tengok jam kol 6 petang...kelam kabut siap then aku menuju ke Jusco Setiawangsa Au2..

agak ramai la orang, lebih-lebih lagi weekend n dah bergaji...ditambah plak dengan hari lastday boleh makan disiang sbb puasa xleh makan di siang hari...so aku layankan jer la...

jujurnya aku jarang la g shopping complex semata2 nak jalan-jalan melainkan ada benda penting aku nak cari. kalo x aku xrela nak buang masa ke tempat sedemikian...hehehe...

ok berbalik nk beli cooker tadi, aku yg xterer minta la pandangan staff jusco. dia pun explain la mana yang sesuai, last aku pun minta pandangan parents aku...kebetulan dorg tibai beli rice cooker plak..adeyhhh, aku bukan nak masak nasi, sape la nak makan lain la anak bini...hehehhee..

last aku decide amik yang boleh dibuat rebus, masak sup tapi xleh la nak goreng2...kira ok la...harga pun boleh tahan, just RM 58 agpun ada sales..hehehe




bangun pagi bersahur aku semangat la nak masak maggie 2 bungkus dengan telur sebiji..bangun kol 4, basuh la bekas untuk pertama kali guna...dengan semangat nk bg air mendidih...dekat 20 minit la aku tunggu tapi xpanas2....pelik gak aku sebab lambat giler...tengok jam dah pukul 5....

start integra last aku sahur kat kedai mamak dengan roti canai 2 keping, tu pun xhabis...ternyata bukan rezeki la aku nak guna slow cooker....aku rase cooker ni memang diciptakan SLOW...huhuhuu...


hasil kesudahannya, 2 pack maggie & sebiji telur...


xpe, malam nanti aku buat eksperimen balik, aku yakin cooker ni boleh digunakan walaupun slow..hehehe..never giveup never quit...

manfaatkan kehadiran ramadhan sebaik mugkin, INGAT puasa orang yang tidak solat dan menutup aurat hanyalah PUASA YANG SIA-SIA...

bukan berkhutbah, cuba betuli diri jua....

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Saturday, July 23, 2011

Ustaz Azhar Idrus.....=))

Assalamualaikum

Bersyukur kepada Allah sebab dapat upload dan update news baru untuk dikongsikan bersama. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi singgih ke penulisan carca marba ini =D

Aku nak story sikit tentang kuliah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang kali ini mari ke Masjid Bukit Indah Ampang. Alhamdulillah ini kali kedua aku datang ke kuliah Ustaz sebab sebelum ini aku hadir kuliah di Kota Damansara. Selepas itu tidak berkesempatan kerana ada tugasan.

Ustaz Azhar dikenali sebagai Ustaz JKK (Jawatankuasa Kemajuan Kampung) sebab dia suka sebut JKK sampai ada sorang brader ni gelak ‘kihkihkih’. Ustaz akan jawab ‘ada mari...Nyaring molek malam ni’. Untuk orang yang biasa dengar kuliah dia tau la. Kalo nak tahu cari la klip video di Youtube. Macam-macam tajuk ada berkaitan ustaz.





Semalam hari betul-betul dugaan. Keluar masjid selipar kena rembat. Aku berkaki ayam jer la. Dah selipar hilang xkn la nak pegi rembat selipar orang. Buat tambah dosa jer. Nasib la kawan aku si Jemang datang bagi pinjam selipar.



Tajuk kuliah ustaz adalah berkaitan dengan keimanan dengan rujukan kitab ‘Anak Kunci Syurga’. Antara perkara yang ditekankan adalah berkaitan meningkatkan keimanan, memberikan beberapa nasihat agar lebih dekat untuk mengamalkan ajaran Islam.

Selepas tamat sesi kuliah,rezeki hilang selipar, aku dan yang lain-lain pakat-pakat pergi Tea Tyme bersama Ustaz di Ampang. Banyak benda yang dibualkan dan ustaz sangat peramah dan bercampur dengan semua orang. Aku share beberapa gambar untuk tatapan anda.













Untuk lihat lebih lanjut sila ke Facebook aku,
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2300817562911.136541.1323350384&type=1

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Riuh Sekampung : Abdul Khalid bidas Najib



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang menyifatkan hebahan pemberian RM 100.00 kepada golongan warga emas di Selangor sebagai ‘riuh sekampung’.

Katanya, terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk memberikan sebanyak mungkin sumbangan kepada rakyat memandangkan apa yang diberikan oleh kerajaan adalah melalui cukai yang dibayar rakyat dan mereka berhak untuk menikmatnya.

“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan dari cukai rakyat. Yang kita berikan ini adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang. Kita berikan sahaja. Itu memang hak rakyat.

“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun keatas dan layak,” katanya.

Sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Selangor dibawah petadbiran Pakatan Rakyat (PAKATAN) memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).

Terbaru, program ‘Jom Shopping’ dibawah dengan memberikan baucar berniai RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas untuk membeli belah.

Sebanyak RM 5juta hingga RM 10juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Abdul Khalid menambah, berdasarkan berpengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati, pengguaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri nak buat, buat macam apa yang Kerajaan Negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).


to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Tuesday, February 8, 2011

Berakhirnya Zaman Bujang...=))

assalamualaikum...

aku nak cite pasal member aku kawin plak....yang ni serius berita terkejut...diam-diam dia kawin...
ni kawan aku masa aku sekolah kat SYS batu gajah...sama kelas sama asrama...memang kawan giler gak ni...hahahaha

alhamdulillah la dia dah selamat menikah pada 22 Jan lepas..aku dgn kawan-kawan serang umah dia tyme kenduri belah lelaki pada 29 Jan...

dengan sekali lafaz alhamdulillah mereka menjadi suami isteri...

dikahbarkan perkahwinan dicepatkan sebab kawan aku ni akan ke Indonesia tahun ni untuk bertugas disana...

mereka berkenalan ketika sama-sama belajar di politeknik di kelantan dan masing-masing berasal dari Ipoh....

ni foto sekitar kehadiran kami...






antara yang hadir: nizam zariqh, tutek, zana, bella, "sorg ag aku lupa"























semoga perkahwinan Muhd Fahmi dan Afiqah peroleh keberkatan Allah di dunia dan akhirat,insyaallah =))



to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2009...=))

assalamualaikum

post lepas cite pasal interview safee sali, kali ni cite pasal majlis anugerah sukan kat hotel concorde, shah alam...

aku jarang-jarang masuk hotel..tp memang gempak la hotel concorde ni...kalao kaya n masyuukkk mau buat wedding kat sini...tapi dengan siapa? *tettttt!!!!

ni story majlis tersebut...

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap atlet-atlet yang berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan dalam satu Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2009 berlangsung di Grand Ballroom Hotel Concorde, Shah Alam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hadir mencemar duli bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Kushrin Munawi, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita Dan Sains Teknologi Dan Inovasi, Yb Rodziah Ismail.

Tan Sri Khalid dalam ucapannya menegaskan, sukan merupakan elemen penting dalam pembentukan negara bangsa yang berdaulat, yang bersatu, dan rakyat sanggup berjuang demi memelihara maruah bangsa.

“Dalam sukan, tiada halangan dan pemisah antara masyarakat berbilang kaum, berbilang latar belakang dan berbeza agama serta kebudayaan lantaran semuanya berjuang dibawah satu panji-panji,” katanya.

Beliau turut menyeru semua atlet supaya tidak cepat berputus asa dengan setiap kejayaan yang telah dicapai.

“Walaupun ada kalanya kita tewas dalam perjuangan, namun kita mesti sedia bangkit dan meneruskan perjuangan sehingga peroleh kejayaan yang didambakan dan tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian setakat ini,” katanya.

Pelumba basikal negara, Mohd Rizal Tisin dipilih sebagai Olahragawan Selangor 2009 sementara perenang negara, Khoo Cai Lin dipilih sebagai Olahragawati Selangor 2009.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2009 disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Rizal Tisin merupakan Olahragawan Selangor 2008 dan diwakili bapanya untuk menerima anugerah kerana mewakili negara dalam kejohanan lumba basikal di China.

Sementara Khoo Chai Lin, 22, merupakan Olahragawati Selangor untuk tahun ke tiga berturut-turut.

"Saya rasa bangga sebab saya memenanginya tiga tahun berturut-turut. Kejohanan seterusnya adalah Terbuka Malaysia pada Mei ini dan seterusnya Kejohanan Dunia di Shanghai pada Julai," katanya.

Olahragawan dan Olahragawati 2009 masing-masing menerima wang tunai RM 5 000.00, trofi dan sijil penghargaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan Anugerah Olahragawan Harapan 2009 kepada atlet perahu layar, Mohd Faizal Norizan dan Saw Wei Tin pula dipilih sebagai Olahragawati Harapan 2009.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 3 000.00, trofi serta sijil penghargaan.

Pasukan bola sepak Liga Super Selangor dibawah kendalian K.Devan meneruskan rentak kecemerlangan apabila dipilih sebagai pasukan terbaik 2009 hasil kejayaan merangkul piala liga super dan piala FA.

Bagi Puan Hajjah Kasmah Aris, penantian sejak 1996 akhirnya berbalas apabila dipilih untuk menerima Anugerah Pegawai Berjasa Negeri Selangor 2006.

"Saya terharu setelah sekian lama saya menanti sejak 1996 saya dicalonkan. Hampir 25 tahun berkhidmat untuk bola jaring daerah dan Selangor. Alhamdulillah sekarang saya merasa nikmatnya," katanya.

Kasmah Aris merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Jaring Selangor.

Turut menerima anugerah sama ialah Lew Choo Lin dari Persatuan Bola Keranjang Selangor dan En. Mahat Abdullah.

Anugerah Khas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2009 pula diberikan kepada mendiang Lee Chee Keong.


Bersama Olahragawati Selangor 2009 & Perenang Negara Khoo Chai Lin

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Kembali Bersama Striker Malaysia, Safee Sali...=))

assalamualaikum....

perghh!!! lama giler xupdate blog....dah nak dekat sebulan rupenyer aku biarkan ianya bersawang smpai semua tertanya2 xder story ker nak update....hahhhaaa...ok2...maaf sangat2...

even blog aku ni xramai followers tapi aku yakin still ada viewers even dorg xdrop komen...aku sentiasa di FB n jarang di blog...lain la kalo aku xmain FB mungkin aku rajin di blog...

kebelakangan ini aku bz dengan kerja aku...bukan xder benda nak cite...walhal dah bidang keje aku cari cerita pun...kihkihkih...

update kali ni just nak share a few keje yg aku buat la sepanjang kebelakangan ni smpai xda masa tuk berFB...

baru2 ni aku hadir ke majlis memperkenal barisan skuad liga super n piala presiden pasukan selangor...aku sekarang kan keje cover citer selangor jer, so amik pot la pasal bola selangor...xla banyak sgt knowledge pasal bola tempatan tp boleh la kalo setakat nak wat story.....

story tu pun dah selamat keluar paper...hehehe...then beberapa hari lepas tu aku interview penyerang selangor n malaysia, Mohd Safee Sali....dia ni agak pemalu but sporting gak la...

so aku sertakan sesi interview aku dengan dia...


Mohd Safee bin Mohd Sali
Asal: Kajang, Selangor
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Status: Berkahwin
Pendidikan: Sekloah Kebangsaan Toh Tan Sakti, Tapah Perak
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Karier Bola Sepak
2003 – Kuala Lumpur
2006 – Sarawak
2007 - Selangor
Pencapaian
Piala Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala Suzuki AFF, Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 (5 Gol)
Jersey : 10


Bagaimana Safee memulakan karier sebagai pemain bola sepak?
Saya memulakan karier bola sepak dari minat sejak kecil. Semasa sekolah saya menjadi mewakili sekolah di semua peringkat. Bapa saya, Mohd Sali mencetus semangat saya untuk bermain bola sepak. Dia sentiasa bersama saya setiap kali saya bermain dan memberi galakan di tepi padang.

Siapa idola safee?
Di Malaysia, saya suka gaya permainan Akmal Rizal. Untuk peringkat Eropah saya mengagumi cara permainan Ronaldo dan David Beckham. Saya kagum dengan cara profesional Beckham yang tinggi dalam kehidupan.

Apakah pencapaian tertinggi dalam karier Safee?
Merangkul kejayaan Piala Suzuki AFF dan menjadi penjaring gol terbanyak untuk kejohanan dengan 5 gol merupakan suatu pencapaian yang membanggakan diri saya. Selain itu, membantu selangor menjuarai Liga Super dan mempertahankan Piala FA turut menjadi kebanggan saya.

Safee pernah digelar Super Mokh II selepas Allahyarham Mokhtar Dahari, apa komen?
Itu merupakan satu penghargaan yang tinggi buat saya. Pada saya Allahyarham mempunyai gaya permainan dan berada dalam satu kelas tersendiri. Saya belum mencapai tahap allahyarham dan masih perlu banyak yang perlu dipelajari untuk setanding beliau.

Gol terbaik yang Safee pernah hasilkan?
Satu gerakan cantik dan gol sepakan gunting yang pernah saya hasilkan ketika Piala Sultan Selangor pada 2008 dan perlawanan akhir pertama Malaysia di Bukit Jalil. Gol tersebut merupakan gol jarak jauh menerusi tandukan.

Target 2011?
Tahun ini saya berazam untuk membantu Selangor merangkul semua kejuaraan bermula dengan Piala Sumbangsih. Saya juga mahu membantu pasukan mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lepas dan membantu Malaysia mencapai keputusan yang bagus untuk kelayakan Piala Dunia.

FAS tidak benarkan Selangor ke Piala AFC?
Pada saya ia merupakan satu keputusan kurang baik untuk pasukan sebenarnya diamana disitulah kita boleh menunjukkan kebolehan pasukan dari Malaysia dan inya merupakan keputusan pihak pengurusan. Piala AFC merupakan satu peluang menunjukkan bakat untuk kita mendapat tawaran yang lebih baik untuk bermain dengan pasukan dari luar.

Sejak kemenangan Malaysia penyokong sudah mula membanjiri stadium. Apa pandangan Safee?
Itu tanda yang baik untuk sukan bola sepak di Malaysia. Keadaan ini akan memberikan semangat yang lebih kepada pemain untuk membuktikan mutu bola sepak negara semakin meningkat.

Pasukan mencabar Selangor selain pasukan Kelantan?
Negeri Sembilan antara pasukan lengkap untuk musim ini dan saya rasa mereka mampu mencabar pasukan Selangor. Kedah yang dibarisi pemain muda juga dilihat mampu memberikan saingan selain pasukan musuh tradisi Perak. Perak dikendalikan jurulatih baru, Norizan Bakar dan diperkuatkan dengan bekas penyerang negara, Akmal Rizal dan keserasian pemain baru juga tidak boleh dipandang mudah.

Ketiadaan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha dalam pasukan kebangsaan dilihat memberi ruang untuk Safee menunjukkan kebolehan. Sekembalinya mereka nanti sudah semestinya membuatkan persaingan menjadi sengit. Adakah Safee bersedia mengekalkan posisi Safee?
Sudah semestinya masing-masing akan menunjukkan persaingan kuat di kem latihan. Setiap orang sudah semestinya mahu bersungguh-sungguh dan berada dalam prestasi yang terbaik dan ianya merupakan satu petanda positif kepada pasukan. Saya berharap saya akan terus berada dalam prestasi konsisten dan seterusnya mengekalkan tempat saya dalam kesebelasan utama pasukan.

Adakah menjadi satu bebanan menjadi penyerang tunggal?
Memang menjadi corak permainan moden mempraktikan satu penyerang di bahagian hadapan tetapi dengan bantuan rakan-rakan di bahagian tengah dapat membantu penyerang menjaringkan gol. Pada saya tiada masaalah. Kali pertama jurulatih memperkenalkan strategi ini kepada saya memang terasa sedikit beban dan sekarang saya sudah semakin serasi.
Ini merupakan satu corak permainan efektif bagi setiap pasukan kerana di bahgian tengah mempunyai ramai pemain yang akan membantu penyerang dan banyak serangan yang boleh dihasilkan.

Berapa target jaringan?
Musim lepas saya berjaya menghasilkan 20 gol dalam kesemua kejohanan dan diharapkan saya mampu mengatasi rekod ini.

Mengenai desas desus perpindahan safee ke kelab luar?
Semuanya masih dalam perbincangan. Kontrak saya bersama selangor akan tamat pada november 2011 dan saya masih belum memutuskan bila dan pasukan yang bakal saya sertai. Kita juga masih menanti keputusan mesyuarat persatuan bola sepak selangor (FAS). Saya berharap saya akan bermain di Indonesia kerana saya harap dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam karier bola sepak saya.
Selain indonesia?
Setakat ini kita hanya mendapat tawaran dari kelab Indonesia. Ada juga tawaran dari kelab di Vietnam tetapi liga di sana sudah masuk ke pusingan kedua. Itu menyukarkan mereka untuk mengemukakan tawaran.
Saya mahu mencuba dari satu peringkat yang lebih tinggi dari yang saya ada sekarang. Kalau boleh etelah bermain di Indonesia saya mahu mendapatkan tawaran dari kelab Asia seperti Jepun dan Korea.

Untuk terus bermain di liga Jepun?
Secara logik bola sepak tidak boleh. FIFA menetapkan peraturan supaya pasukan kebangsaan itu sendiri perlu berada di ranking yang tinggi sebelum pemain boleh bermain di liga yang lebih besar. Saya mahu melakukannya selangkah demi selangkah. Saya harap bermain di Indonesia membuka langkah untuk saya bermain di Jepun atau Korea.

Tidak ingin cuba untuk bermain di Singapura?
Ya saya ada memikirkannya tetapi berdasrkan maklumat yang saya perolehi melalui rakan-rakan di Singapura, lebih baik bermain di Indonesia sebab mempunyai ramai pemain import dan kita boleh belajar sesuatu di sana.

Jika diberikan peluang bermain di liga Eropah?
Saya memilih liga Itali dan Sepanyol. Mungkin saya memilih pasukan Barcelona kerana mereka mempunyai akademi bola sepak yang baik dan corak permainan yang bagus.

Bagaimana pandangan Safee berkaitan pembangunan sukan bola sepak di negara kita?
Banyak yang perlu diperbaiki selaras dengan saranan kerajaan yang mahu membina akademi bola sepak di Gambang, Pahang ianya merupakan satu petanda positif untuk pembangunan bola sepak. Saya dikhabarkan satu cara yang lebih sisitematik untuk melatih pemain-pemain muda. Tidak terhenti di situ, saya harapkan akan ada usaha-usaha untuk meningkatkan mutu pencarian pemain pelapis untuk pasukan kebangsaan kita.

Bola sepak sudah menjadi satu sumber pendapatan bagi seseorang seperti pemain di Eropah. Bagaimana Safee melihat keadaan ini?
Ya memang tetapi situasi di Malaysia tidak sama seperti di Eropah. Di eropah banyak yang menjadikan pemain bola sepak sebagai duta produk dan ianya menjadi sumber pendapatan tambahan keapda mereka. Di Malaysia situasi ini masih belum diterapkan dan jauh berbeza dengan peringkat Eropah.

Ada dapat tawaran menjadi duta produk?
Setakat ini masih dalam perbincangan dan belum diumumkan secara rasmi. Saya harap selepas ini ada peluang yang diberikan kepada saya dan dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Perancangan selepas menamatkan karier bola sepak?
Banyak yang saya fikirkan dan setakat ini saya belum putuskan. Tapi saya arus permainana bola sepak mungkin saya akan menumpukan untuk menjadi jurulatih atau pengurus pasukan.

Adakah Safee akan menamatkan karier bersama pasukan Selangor?
Harapan dan impian itu memang ada. Kalau boleh saya mahu menamatkan karier bersama pasukan Selangor. Tapi untuk masa hadapan tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi.

Harapan Safee?
Saya ingin mengekalkan persembahan konsisten saya. Saya harap sokongan penyokong terutamanya penyokong Selangor untuk hadir beramai-ramai ke stadium membantu pasukan mencapai kemenangan demi kemenangan seterusnya merangkul semua kejuaraan di Liga Malaysia.



*Safee Sali bakal bermain di Indonesi bersama kelab Pelita Jaya FC....seluruh peminat bolasepak tempatan mendoakan kejayaan Safee di sana dan dapat mempelajari sesuatu yang berharga....


to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Friday, January 14, 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim...=))

assalamualaikum

lama xupdate blog...so ada masa xmau tido ag ni amik kesempatan update jap...

selasa lepas Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan ke opis...beliau yang dari program di Unisel hadir untuk beramah mesra dengan staff kat opis...

beliau ada recording program TERUS TERANG yang di hostkan oleh Prof. Aziz Bari..

kami mengucapkan terima kasih diatas kesudian Datuk Seri yg sudi meluangkan masa dengan warga kerja media



menunggu sesi rakaman



DSAI & Prof. Aziz Bari













to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Sunday, January 9, 2011

Averide Ke CH 2011 - Part 1...=))

assalamualaikum

disebalik kehangatan AJL 25 aku nk cite pasal percutian aku n da averide group lain ke Cameron Highlands....perghhh!!! memang menenangkan n semua happy...dengan cuaca yg sejuk memang terbaekkk!!!

ni antara konvoi dekat untuk sesi kali ini....bukan xmo pegi jauh-jauh...cuma kelab tengah merangka budget untuk ke Langkawi untuk tahun 2013 insyaallah...

aktiviti kat cameron hanya jalan-jalan n ada game badminton dengan team TNB Cameron...keputusan 3-3....fair n square...


berikut adalah pic-pic sepanjang di sana =))



















dalam pada itu averide mengucapkan selamat bertunang kepada firdaus abdul rahman dengan pasangan beliau...(teman idak tau name)..hehehehe...




nantikan part seterusnya...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Sunday, January 2, 2011

Kerja Gila...=D

assalamualaikum

selamat tahun baru...happy new year...ok2...aku xder keje so post la satu cerita giler yang aku buat...tapi memang kena buat..hehehe

cerita gila tu adalah aku bekerja selama seminggu bermula 31 Disember 2010 sehingga 7 januari 2010....hahahaha...hebat n bersemangat kan!!!

semuanya gara-gara aku nak g cameron 8 & 9 januari ni....nasib la boss lepaskan aku pergi...kalo x mamposs aku kena tibai dgn group kereta aku....fuhhh!!!

asalnya aku hanya cuti 10 jan iaitu isnin....n dalam minggu ni aku cuti rabu n khamis...setelah semak jadual kerja aku aku ada appoiment dengan Adun Balakong pada hari rabu...

aku chek jadual n last adjust dengan boss...alhamdulillah dia approvekan...mane ada orang buat kerja opis 7 hari non stop...aku dah macam orang gila rasenyer...kawan aku cakap aku ni giler sanggup kerja demi cuti...

apa boleh buat itu bayaran yg harus aku laburkan...janji aku dapat g cameron dgn member aku...xper janji cuti aku 3 hari..tambah hari ahad tu member aku bertunang...

lepas balik cameron aku kerja 4 hari then cuti lagi 3 hari...hahahaha..best kan!!! itulah kelebihan kerja bidang media...boleh adjust cuti....tyme kerja xsama dgn orang...ngeeeeee.....

nasib la kalo jadi wife aku...syarat penting kena memahami waktu kerja aku...kalo x anda dipersilakan cari calon suami lain....pape pun paling penting aku dapat cuti tuk g cameron....

weeeeeeeeeee =))

syukur alhamdulillah...jumap di cameron 8 & 9 januari 2011 =))

to be continued...arjuna kayangan layangan =))