Sunday, October 31, 2010

Maxi Penyelamat Liverpool...=))



assalamualaikum

jaringan tunggal maxi rodriguez 4 minit sebelum tamat permainan berjaya mengeluarkan liverpool daripada zon penyingkiran dengan mengumpul 12 mata selepas 10 perlawanan setelah menewaskan bolton wanderers.. liverpool bermula baik dengan beberapa percubaan ke gawang bolton namun semuanya gagal membuahkan hasil...



ketangkasan reina juga menjadi faktor penyelamat kepada liverpool daripada dibolosi setelah percubaan bertali arus bolton ke kubu the reds...

malang buat liverpool apabila Joe Cole terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring dan sekiranya kecederaan tersebut serius, beliau mungkin terlepas aksi piala Europa dan pertembungan dengan the blues di anfield ahad ini..



Liverpool mengalami musim terburuk sejak 50 tahun dengan hanya mencatat 3 kemenangan daripada 10 perlawanan...sejak roy hodgson mengambil alih tampuk jurulatih daripada benitez beliau dilihat gagal untuk membentuk pasukan yang mantap dan berharap dapat menarik beberapa bintang dunia ke anfield pada musim perpindahan dibuka januari ini ditambah dengan sokongan kewangan daripada pemilik baru Liverpool..

perlawanan BPL seterusnya buat Liverpool adalah menentang Chelsea pada ahad dan menentang kelab Italy, Napoli pada rabu untuk saingan Piala Europa..kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Anfield...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Larangan Rasulullah Ketika Hadir Ke Majlis Perkahwinan...=II

assalamualaikum...

actually ni notes dari FB aku tapi aku post kat blog plak...dulu aku pernah buat satu status tntang wish 'selamat pengantin baru, semoga bahagia ke anak cucu'....kali ni kawan aku bagi hadis sahih untuk dikongsikan bersama....sebarkan kepada semua..

Dari Al-Hasan, bahawa 'Aqil bin Abi Thalib menikahi seorang wanita dari Jasyam. Para tetamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : "Birafa' Wal Banin (Semoga murah rezeki dan banyak anak)".

'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya... berkata : "Janganlah kalian ucapkan demikian!!. Karena Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian". Para tamu bertanya :"Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?". 'Aqil menjelaskan : "Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka 'Alaiykum (Semoga Allah memberi kalian keberkatan dan melimpahkan atas kalian keberkatan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah s.a.w".

(Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).

Adalah Nabi bila mendo’akan seseorang yang menikah, “Barakallahu laka wa baraka ‘alayka wa jama’a baynakuma fi khayrin” (Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi pernikahanmu serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan)”. (HR. AtTirmidzi 1091, dishahihkan Al-Albani dalam Shahih AtTirmidzi)

Doa yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :

"Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair"

Doa ini berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

Dari Abu hurairah, bahawasa Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan doa : "Barakallahu laka wa baraka 'alaik, wa jama'a bainakuma fi khair (Semoga Allah memberimu keberkatan dan mencurahkan keberkatan ke atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan)".

(Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi, Hakim, Ibnu Majah dan Baihaqi).

ingat, kita xpernah tahu apa yg bakal berlaku selepas perkahwinan...so berhati-hati diatas ucapan kalian...takut2 termakbul n kawan kita merana sepanjang hayat....sebarkan...

bukan berkhutbah cuba betuli diri jua...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

10 ciri calon suami...=))

assalamualaikum...

aku baru balik main futsal...actually layan game kat mamak dulu then baru terkedek2 balik...hahaha...late nyte show ni aku postkan smtg tuk renungan bersama...xkisah la bujang dara atau bujang duda atau sememangnya bujang...ini elok dibaca bagi meningkatkan pengetahuan sebagai persediaan menjadi ketua rumah tangga...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

lelaki dok komplen nak wife pandai masak, cantik, n what so ever...so lelaki harus mengambilnya sbg satu cabaran...buktikan anda GAGAH...bukan GAGAL...

bukan berkhutbah cuba betuli diri jua...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Saturday, October 30, 2010

Penantian Suatu Penyeksaan...Gomo Kelate Gomo...=))

assalamualaikum...

alrite....kali ni kita cite pasal bola plak...actually dah lama xtalk pasal bola...bukan xamik pot pasal bola ni....selalu gak la update wlpun dah lama xpegi stadium...al-maklum lah sejak kejatuhan team SKOR YOB SKOR (dulu kejor yob kejor) mmg xamik tau sgt bola sepak malaysia...hehehe...

semalam berakhirnya Piala Malaysia 2010 dimana menyaksikan pertembungan dua finalis 2009, Kelantan vs Negeri Sembilan....macam biasa la stadium nasional bukit jalil menjadi tumpuan...

lautan merah dan kuning menjadi bukti bahawa bola sepak malaysia masih belum hilang sengatnya...nak cita masa zaman Supermokh mmg jauh beza la..tapi fans bola sepak malaysia masih utuk menyokong liga tempatan...

ternyata penantian kelantan selama lebih 40 tahun berbaloi apabila bejaya menewaskan n9 2-1 malam semalam...bukan kejab bro nk tunggu julang piala ni...ingat macam menunggu menanak nasi ke? hahaha...

n9 mebuka jaringan setelah 13 minit game bermula...semuanya gara2 sepakan percuma pantas yang akhirnya mengundang sepakan penalti hasil kesilapan keeper yang terpaksa membentes kunalan, wing kanan n9....freekick pantas mmg memerangkap benteng pertahanan mana2 pasukan n mmg chance nak score...

shahurain abu samah menyenpurnakan sepakan penalti walaupun terpaksa diambil kali kedua gara2 pemain terlalu cepat masuk ke kotak penalti pada sepakan pertama...negeri sembilan mendahului 1-0....

lepas tu the red worrior melancarkan serangan bertali arus la...tapi gagal membuahkan hasil...kekebalan benteng pertahanan n9 yang dikemudi oleh aidil zafuan ternyata kebal untuk ditembusi walaupun beberapa percubaan bahaya kelantan berjaya dihalang..

ternyata bola sepak sememangnya kejam...berpunca daripada perebutan diudara bola 50-50 kapten n9 aidil zafuan terpaksa diusung keluar akibat mengalami kecederaan lutut..disinilah bermula malam kemurungan n9 (mungkin sebab bulan cerah kot..kehkehkeh).....kesempatan tersebut pantas digunakan kelantan untuk menyamakan kedudukan hasil tandukan hairudin omar (hai-o) setelah menerima hantaran silang norshahrul idlan talaha yang berjaya menewaskan keeper n9 sani anuar.....

kedudukan 1-1 ternyata menggamatkan stadium bukit jalil...penyokong kelantan kembali bersorak ceria setelah memperolehi jaringan penyamaan...kelantan terus mengasak dan hasilnya badri radzi menjaringkan gol kedua kelantan setelah menyempurnakan hantaran nor farhan bagi memastikan giliran kelantan mendahului 2-1....

ternyata segalanya tidak menjadi kepada n9....kehilangan aidil ternyata dimanfaatkan sepenuhnya kelantan untuk memperoleh kemenangan...maunyer xharu biru..org besi dibahagian pertahanan xda...strategi jadi lain la...

bagi b.sathianathan kemenangan ini satu yang menggembirakan ditambah dengan kejayaan yang dicipta hasil kesungguhan semua pemain...badri razi dipilih selaku pemain terbaik dan membawa pulang RM 1000.00...

cam biasa la bila bola sepak melibatkan kelantan mula la isu yang dibangkitkan adalah berkaitan sikap penyokong yang bertindak diluar batasan seperti bunga api dan balingan botol ke dalam padang....aku secara relaxnya mengatakan perkara itu biasa terjadi kat mana2 stadium di malaysia ni...bukan nk menyebelahi mana2 pihak sebenarnya...aku pun fans bola sepak...kalo setakat nk komplen bab keganasan penyokong kelantan tu semua pada aku sama jer...

aku fans perak pun kadang2 ada gak tgk sikap2 sedemikian ketika datang ke stadium...baling botol tu bnda kecik jer...especially kalo fans bengang team ketinggalan...tu belom refree kena bamboo kena maki hamun...fans ramai2 sebut "REFREE BODOH"......kalo bnda tu nak isu, adoii lembik la..

biasa la penyokong semua manusia..ada perasaan...cuma kita semua sebenarnya dimomokan dengan media jer....kalo org dok isu fans kelantan baling botol mengganas, sampai bergaduh tu pada aku xda hal la...yang penting diri kita sebenarnya....



macam la kita xpernah dengar kes bakar bangku stadium, bakar bendera pun ada....kita ni sebenarnya merasakan itu satu budaya pelik ketika menonton bola sepak...kat eropah especially liga Serie A italy misalnya, fans dorg bawak jer mercun bunga api tu smpai berkembut asap seluruh stadium...liga brazil n argentina smpai runtuh stadium...

kat malaysia team seperti perak, kelantan, selangor n kedah mempunyai penyokong yang ramai...kalo dah ramai tu xla semua yang buat perangai....tapi xleh nk kawal...macam aku cakap pape pun cara kita mengawal diri kita ketika tgk game....kadang2 org tgk game BPL kat kedai mamak pun meradang frust team kalah...siap bakar jersey segala...
hahahaha..so xperlu la nk provokasi team mana2 punya fans...apada aku semua sama jer..

apa pun aku nak ucapkan tahniah la kat pasukan kelantan berjaya menjulang piala malaysia...rupenyer kelantan ni pasukan ke 14 yang menang...ranking of coz la the red giants, pasukan selangor....zaman mokhtar dahari lagi team dorg ni dah gempak...

walaupun aku ni org johor dok perak (kira dh mcm org perak), aku bangga sebab yang julang piala semalam adalah orang perak, Indra Putra Mahyuddin...kihkihkih....



syabas dan tahniah sekali lagi kepada pasukan Kelantan, Juara Piala Malaysia 2010, Gomo Klate Gomo...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Thursday, October 28, 2010

Diet Rasulullah....=))

assalamualaikum....

kali ni sy post berkaitan kesihatan plak...Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Ketahui Hak Anda Ketika Di Tahan Oleh Pihak Polis...=))

assalamualaikum...

ada info berguna untuk dikongsikan kepada semua...Akhir-akhir ni banyak tersebar di Facebook ,Youtube ,forum-forum mengenai video seorang wanita merakam saat-saat dirinya ditahan polis dan berlalu sedikit perbalahan di situ. Jadi untuk pengetahuan anda semua, kami kepilkan di sini mengenai hak yang anda ada ketika ditahan polis. Baca dan fahaminya.


1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan DiriJika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam - Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis - Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lainTanya dengan sopan, “Adakah saya sedang ditangkap?”
2.3 Adakah anda sedang ditangkapAnda sedang ditangkap jika Polis:menjawab “ya”; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; ataumenggari anda.Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkapPolis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112: Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.

3.3 Membuat Pernyataan 112 - Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda. Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.

3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda - Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.


4. POLIS MENANGKAP ANDA

4.1 Tanya: “Mengapa saya ditangkap?” Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap. Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: “Balai Polis manakah saya akan dibawa?” Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap. Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: Keluarga atau rakan; dan/atauSeorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka:yang anda telah ditangkap; masa, tempat dan alasan ditangkap; Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkapAnda boleh ditahan sehingga 24 jam. Di Balai Polis, atau Di dalam lokap untuk “membantu” penyiasatan Polis.


5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguamSebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadiPihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan Anda - dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda? Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM

6.1 Siapakah Majistret? Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman - Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman? - Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman? - Maklumkan kepada Majistret: anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan; sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat - Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: “saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka”, “saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri” dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukanJika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan? - Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda. Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut “dompet”, “kunci”, “Kad Pengenalan” dll. Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda - Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita. Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel: Bantah; Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.


8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian - Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki. Anda ditangkap. Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan - Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian – untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit – selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman – untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan.

Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.

8.3 Hak anda - Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan. Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita


9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda - Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri - Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan,“Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri.”

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan - Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.

9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti - Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

Tuesday, October 19, 2010

aku fobia dengan tarikh unik =II

assalamualaikum....

lama dah xupdate blog ni...bukan xder story dalam hidup nk diceritakan...tetapi aku jer yang malah nak menaip....aku mmg bukan dilahirkan utk menjadi sorg typewriter....lain la Azlan ex-MUH....dia siap buat band baru Azlan & The Typewriter..hahahhaaa...ok mmg xder kaitan... sebab aku mmg suka melalut....

ok...kembali ke main topik....aku nak bercerita tentang 2 kes eksiden yang aku alami kurang tempoh 48 jam....mmg tragik dan buat julung-julung kali dalam hidup aku eksiden sebegini rupa....

10-10-2010

tarikh ni mmg semua makhluk kat dunia ni rasa kagum sebab no unik especially melibatkan angka 10....dah la 10hb bulan 10 plak tu...tahun 2 ribu SEPULUH


aku actually ditugaskan melawat adik aku ke SBPI gopeng tuk melawat beliau n menghantar barangan yang dipesan...biasa la duk asrama ni kompom la manja serba serbi tak cukup n layanan org duk asrama yg diberikan family kompem tip top....aku tau la aku dulu dok asrama 3 tahun....macam-macam...mintak jer ape kompom dorg hantar...nak beli itu xcukup ini semua disediakan tanpa banyak persoalan....korang xcaya try la masuk hostel...xpun tunggu la dah ada anak kelak anak koang meregam lagi merengek nk itu ini....

aku actually sejak kebelakangan ni menghadapi masalah XSEDAP HATI....xtau la kenapa...nk kata xda hati elok jer hati aku ni...nk kata mengidam hati ayam aku mmg aku jenis xmakan organ dalaman haiwan...

dalam kol 1 aku gerak la g gopeng ikut jalan baru..malim nawar-kota bharu...bukan kek klate tu weyhh...ni kat area malim nawar jer....aku actually dalam keadaan xsihat...selsema teruk...dah 2 hari sebelum tu aku kena....tapi anak jantan punye pasal buek2 hati kental la...

aku asalnya nak naik moto...maleh nk bawak kete...duit pon xbape nak ada..sengkek sikit la sejak habis study ni..nak mark-up duit pun bukan ada pe projek pun...kalo tyme study tu leh la gak auta..hahahahha (don't try this in ur life)...sebab barang banyak aku mengalah la bawak kete....

aku drive xla laju...dalam 70km/j......agpun hari panas terik....lemau seyhh dah demam n selsema ko kena drive hari panas....nasib la kete air-cond baekk!!!....

smpai kat selekoh kawasan kampung mula2 aku nmpak satu lori ni ke kiri jalan...aku budget dia berhenti...sekali amik side nk masuk simpang....aku yg pada awal nk potong kanan di apa ag emergency brake la...keadaan kelam kabut tu nasib aku sempat balas stering ke kiri...last2 kete aku cium belakang lori belah kini....

perghh!!!! kalo diingatkan kembali mmg nyaris aku xtibai tepat lori tu....kalo x mau aku mati xpun depan kete aku hancur berderai la...serius cuak n kelam seketika...badan jadi menggeletar....kebetulan atas lori tu ada anak si driver ni....dia menangis bagai tgk aku hentam lori bapak dia....

tapi rmai yg tolong n make it easy....aku call bapak aku n member aku...nasib la accident area2 kampung....kawan-kawan pun ramai...so senang la pae hal terjadi...keta aku xleh start last panggil longkai towing la pe ag...




ingat dah settle ke? ada satu lagi kisah pasal aku dgn mat rempits plak....nantikan post seterusnya....

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))