Wednesday, April 28, 2010

Dimanakah kita?

Umat islam yang sudah tidak sembahyang, golongan ini berdasarkan sebuah hadis “jatuh menjadi kafir”.

Umat islam yang mengejarkan ibadat sembahyang secara jahil. Golongan ini tertolak ibadahnya dan berada di dalam dosa dan derhaka.

Golongan yang mengejarkan solat, faham ilmu solat, tapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, solat tidak istiqamah, kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak ini adalah Golongan fasik... See More

Golongan yang mengejarkan ibadah solat walaupun ilmunya tepat tapi waktu mengejarkan solat tidak khusyuk, fikiran tidak sepenuhnya dengan solat Ini adalah Golongan Yang Lalai.

Golongan yang mengejarkan ibadah sembahyang sentiasa tarik tali antara mengingati bacaan sembahyang atau tidak. Mereka adalah golongan yang lemah iaitu tahap mujahadah.

Golongan yang mengejarkan ibadah solat bertepatan dengan ilmunya tetapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah golongan “awwamul muslimin”

Golongan yang mengejarkan ibadah solat selain ilmunya tepat, setiap bacaan difahami sehingga tidak teringat perkara-perkara di luar sembahyangnya. Ini adalah golongan orang yang “ Soleh, Abrar, Al-Faizun atau Al-Muflihun, Ashabul Yamin.

Golongan ini sama dengan golongan yang ke-7, tetapi setiap perkataan yang dibacanya dapat difikirkan dan dijiwai oleh hatinya. Inilah golongan Muqarrabin (golongan yang dekat dengan Tuhan).

Golongan ini selain dapat memahami setiap apa yang dibaca dalam solat, dijiwai sungguh-sungguh sehingga asyik dan tenggelam mabuk dengan Tuhannya, samada mabuk takut atau mabuk rindu dengan hingga alam di sekelilingnya tidak disedari lagi. Ini adalah golongan “As-Siddiqin”

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: