Tuesday, February 8, 2011

Kembali Bersama Striker Malaysia, Safee Sali...=))

assalamualaikum....

perghh!!! lama giler xupdate blog....dah nak dekat sebulan rupenyer aku biarkan ianya bersawang smpai semua tertanya2 xder story ker nak update....hahhhaaa...ok2...maaf sangat2...

even blog aku ni xramai followers tapi aku yakin still ada viewers even dorg xdrop komen...aku sentiasa di FB n jarang di blog...lain la kalo aku xmain FB mungkin aku rajin di blog...

kebelakangan ini aku bz dengan kerja aku...bukan xder benda nak cite...walhal dah bidang keje aku cari cerita pun...kihkihkih...

update kali ni just nak share a few keje yg aku buat la sepanjang kebelakangan ni smpai xda masa tuk berFB...

baru2 ni aku hadir ke majlis memperkenal barisan skuad liga super n piala presiden pasukan selangor...aku sekarang kan keje cover citer selangor jer, so amik pot la pasal bola selangor...xla banyak sgt knowledge pasal bola tempatan tp boleh la kalo setakat nak wat story.....

story tu pun dah selamat keluar paper...hehehe...then beberapa hari lepas tu aku interview penyerang selangor n malaysia, Mohd Safee Sali....dia ni agak pemalu but sporting gak la...

so aku sertakan sesi interview aku dengan dia...


Mohd Safee bin Mohd Sali
Asal: Kajang, Selangor
Tarikh lahir: 29 Januari 1984
Status: Berkahwin
Pendidikan: Sekloah Kebangsaan Toh Tan Sakti, Tapah Perak
Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat
Sekolah Sukan Bukit Jalil
Karier Bola Sepak
2003 – Kuala Lumpur
2006 – Sarawak
2007 - Selangor
Pencapaian
Piala Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala Suzuki AFF, Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 (5 Gol)
Jersey : 10


Bagaimana Safee memulakan karier sebagai pemain bola sepak?
Saya memulakan karier bola sepak dari minat sejak kecil. Semasa sekolah saya menjadi mewakili sekolah di semua peringkat. Bapa saya, Mohd Sali mencetus semangat saya untuk bermain bola sepak. Dia sentiasa bersama saya setiap kali saya bermain dan memberi galakan di tepi padang.

Siapa idola safee?
Di Malaysia, saya suka gaya permainan Akmal Rizal. Untuk peringkat Eropah saya mengagumi cara permainan Ronaldo dan David Beckham. Saya kagum dengan cara profesional Beckham yang tinggi dalam kehidupan.

Apakah pencapaian tertinggi dalam karier Safee?
Merangkul kejayaan Piala Suzuki AFF dan menjadi penjaring gol terbanyak untuk kejohanan dengan 5 gol merupakan suatu pencapaian yang membanggakan diri saya. Selain itu, membantu selangor menjuarai Liga Super dan mempertahankan Piala FA turut menjadi kebanggan saya.

Safee pernah digelar Super Mokh II selepas Allahyarham Mokhtar Dahari, apa komen?
Itu merupakan satu penghargaan yang tinggi buat saya. Pada saya Allahyarham mempunyai gaya permainan dan berada dalam satu kelas tersendiri. Saya belum mencapai tahap allahyarham dan masih perlu banyak yang perlu dipelajari untuk setanding beliau.

Gol terbaik yang Safee pernah hasilkan?
Satu gerakan cantik dan gol sepakan gunting yang pernah saya hasilkan ketika Piala Sultan Selangor pada 2008 dan perlawanan akhir pertama Malaysia di Bukit Jalil. Gol tersebut merupakan gol jarak jauh menerusi tandukan.

Target 2011?
Tahun ini saya berazam untuk membantu Selangor merangkul semua kejuaraan bermula dengan Piala Sumbangsih. Saya juga mahu membantu pasukan mengekalkan kejuaraan Liga Super yang dimenangi musim lepas dan membantu Malaysia mencapai keputusan yang bagus untuk kelayakan Piala Dunia.

FAS tidak benarkan Selangor ke Piala AFC?
Pada saya ia merupakan satu keputusan kurang baik untuk pasukan sebenarnya diamana disitulah kita boleh menunjukkan kebolehan pasukan dari Malaysia dan inya merupakan keputusan pihak pengurusan. Piala AFC merupakan satu peluang menunjukkan bakat untuk kita mendapat tawaran yang lebih baik untuk bermain dengan pasukan dari luar.

Sejak kemenangan Malaysia penyokong sudah mula membanjiri stadium. Apa pandangan Safee?
Itu tanda yang baik untuk sukan bola sepak di Malaysia. Keadaan ini akan memberikan semangat yang lebih kepada pemain untuk membuktikan mutu bola sepak negara semakin meningkat.

Pasukan mencabar Selangor selain pasukan Kelantan?
Negeri Sembilan antara pasukan lengkap untuk musim ini dan saya rasa mereka mampu mencabar pasukan Selangor. Kedah yang dibarisi pemain muda juga dilihat mampu memberikan saingan selain pasukan musuh tradisi Perak. Perak dikendalikan jurulatih baru, Norizan Bakar dan diperkuatkan dengan bekas penyerang negara, Akmal Rizal dan keserasian pemain baru juga tidak boleh dipandang mudah.

Ketiadaan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha dalam pasukan kebangsaan dilihat memberi ruang untuk Safee menunjukkan kebolehan. Sekembalinya mereka nanti sudah semestinya membuatkan persaingan menjadi sengit. Adakah Safee bersedia mengekalkan posisi Safee?
Sudah semestinya masing-masing akan menunjukkan persaingan kuat di kem latihan. Setiap orang sudah semestinya mahu bersungguh-sungguh dan berada dalam prestasi yang terbaik dan ianya merupakan satu petanda positif kepada pasukan. Saya berharap saya akan terus berada dalam prestasi konsisten dan seterusnya mengekalkan tempat saya dalam kesebelasan utama pasukan.

Adakah menjadi satu bebanan menjadi penyerang tunggal?
Memang menjadi corak permainan moden mempraktikan satu penyerang di bahagian hadapan tetapi dengan bantuan rakan-rakan di bahagian tengah dapat membantu penyerang menjaringkan gol. Pada saya tiada masaalah. Kali pertama jurulatih memperkenalkan strategi ini kepada saya memang terasa sedikit beban dan sekarang saya sudah semakin serasi.
Ini merupakan satu corak permainan efektif bagi setiap pasukan kerana di bahgian tengah mempunyai ramai pemain yang akan membantu penyerang dan banyak serangan yang boleh dihasilkan.

Berapa target jaringan?
Musim lepas saya berjaya menghasilkan 20 gol dalam kesemua kejohanan dan diharapkan saya mampu mengatasi rekod ini.

Mengenai desas desus perpindahan safee ke kelab luar?
Semuanya masih dalam perbincangan. Kontrak saya bersama selangor akan tamat pada november 2011 dan saya masih belum memutuskan bila dan pasukan yang bakal saya sertai. Kita juga masih menanti keputusan mesyuarat persatuan bola sepak selangor (FAS). Saya berharap saya akan bermain di Indonesia kerana saya harap dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam karier bola sepak saya.
Selain indonesia?
Setakat ini kita hanya mendapat tawaran dari kelab Indonesia. Ada juga tawaran dari kelab di Vietnam tetapi liga di sana sudah masuk ke pusingan kedua. Itu menyukarkan mereka untuk mengemukakan tawaran.
Saya mahu mencuba dari satu peringkat yang lebih tinggi dari yang saya ada sekarang. Kalau boleh etelah bermain di Indonesia saya mahu mendapatkan tawaran dari kelab Asia seperti Jepun dan Korea.

Untuk terus bermain di liga Jepun?
Secara logik bola sepak tidak boleh. FIFA menetapkan peraturan supaya pasukan kebangsaan itu sendiri perlu berada di ranking yang tinggi sebelum pemain boleh bermain di liga yang lebih besar. Saya mahu melakukannya selangkah demi selangkah. Saya harap bermain di Indonesia membuka langkah untuk saya bermain di Jepun atau Korea.

Tidak ingin cuba untuk bermain di Singapura?
Ya saya ada memikirkannya tetapi berdasrkan maklumat yang saya perolehi melalui rakan-rakan di Singapura, lebih baik bermain di Indonesia sebab mempunyai ramai pemain import dan kita boleh belajar sesuatu di sana.

Jika diberikan peluang bermain di liga Eropah?
Saya memilih liga Itali dan Sepanyol. Mungkin saya memilih pasukan Barcelona kerana mereka mempunyai akademi bola sepak yang baik dan corak permainan yang bagus.

Bagaimana pandangan Safee berkaitan pembangunan sukan bola sepak di negara kita?
Banyak yang perlu diperbaiki selaras dengan saranan kerajaan yang mahu membina akademi bola sepak di Gambang, Pahang ianya merupakan satu petanda positif untuk pembangunan bola sepak. Saya dikhabarkan satu cara yang lebih sisitematik untuk melatih pemain-pemain muda. Tidak terhenti di situ, saya harapkan akan ada usaha-usaha untuk meningkatkan mutu pencarian pemain pelapis untuk pasukan kebangsaan kita.

Bola sepak sudah menjadi satu sumber pendapatan bagi seseorang seperti pemain di Eropah. Bagaimana Safee melihat keadaan ini?
Ya memang tetapi situasi di Malaysia tidak sama seperti di Eropah. Di eropah banyak yang menjadikan pemain bola sepak sebagai duta produk dan ianya menjadi sumber pendapatan tambahan keapda mereka. Di Malaysia situasi ini masih belum diterapkan dan jauh berbeza dengan peringkat Eropah.

Ada dapat tawaran menjadi duta produk?
Setakat ini masih dalam perbincangan dan belum diumumkan secara rasmi. Saya harap selepas ini ada peluang yang diberikan kepada saya dan dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.

Perancangan selepas menamatkan karier bola sepak?
Banyak yang saya fikirkan dan setakat ini saya belum putuskan. Tapi saya arus permainana bola sepak mungkin saya akan menumpukan untuk menjadi jurulatih atau pengurus pasukan.

Adakah Safee akan menamatkan karier bersama pasukan Selangor?
Harapan dan impian itu memang ada. Kalau boleh saya mahu menamatkan karier bersama pasukan Selangor. Tapi untuk masa hadapan tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi.

Harapan Safee?
Saya ingin mengekalkan persembahan konsisten saya. Saya harap sokongan penyokong terutamanya penyokong Selangor untuk hadir beramai-ramai ke stadium membantu pasukan mencapai kemenangan demi kemenangan seterusnya merangkul semua kejuaraan di Liga Malaysia.



*Safee Sali bakal bermain di Indonesi bersama kelab Pelita Jaya FC....seluruh peminat bolasepak tempatan mendoakan kejayaan Safee di sana dan dapat mempelajari sesuatu yang berharga....


to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

1 comment:

Anonymous said...

as salam, saya pelajar f6 taon ni. dan skrg sy tgh buat projek pbs sejarah sy. sy memilih utk brcerita tentang safee sali. bleh tak sy nk interview encik untuk brcerita sedikit sbnyak tentang safee sali?