Tuesday, February 8, 2011

Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2009...=))

assalamualaikum

post lepas cite pasal interview safee sali, kali ni cite pasal majlis anugerah sukan kat hotel concorde, shah alam...

aku jarang-jarang masuk hotel..tp memang gempak la hotel concorde ni...kalao kaya n masyuukkk mau buat wedding kat sini...tapi dengan siapa? *tettttt!!!!

ni story majlis tersebut...

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) memberikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap atlet-atlet yang berjaya di peringkat negeri dan kebangsaan dalam satu Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2009 berlangsung di Grand Ballroom Hotel Concorde, Shah Alam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hadir mencemar duli bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Kushrin Munawi, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr. Xavier Jayakumar, Exco Kebajikan Hal Ehwal Wanita Dan Sains Teknologi Dan Inovasi, Yb Rodziah Ismail.

Tan Sri Khalid dalam ucapannya menegaskan, sukan merupakan elemen penting dalam pembentukan negara bangsa yang berdaulat, yang bersatu, dan rakyat sanggup berjuang demi memelihara maruah bangsa.

“Dalam sukan, tiada halangan dan pemisah antara masyarakat berbilang kaum, berbilang latar belakang dan berbeza agama serta kebudayaan lantaran semuanya berjuang dibawah satu panji-panji,” katanya.

Beliau turut menyeru semua atlet supaya tidak cepat berputus asa dengan setiap kejayaan yang telah dicapai.

“Walaupun ada kalanya kita tewas dalam perjuangan, namun kita mesti sedia bangkit dan meneruskan perjuangan sehingga peroleh kejayaan yang didambakan dan tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian setakat ini,” katanya.

Pelumba basikal negara, Mohd Rizal Tisin dipilih sebagai Olahragawan Selangor 2009 sementara perenang negara, Khoo Cai Lin dipilih sebagai Olahragawati Selangor 2009.

Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2009 disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Rizal Tisin merupakan Olahragawan Selangor 2008 dan diwakili bapanya untuk menerima anugerah kerana mewakili negara dalam kejohanan lumba basikal di China.

Sementara Khoo Chai Lin, 22, merupakan Olahragawati Selangor untuk tahun ke tiga berturut-turut.

"Saya rasa bangga sebab saya memenanginya tiga tahun berturut-turut. Kejohanan seterusnya adalah Terbuka Malaysia pada Mei ini dan seterusnya Kejohanan Dunia di Shanghai pada Julai," katanya.

Olahragawan dan Olahragawati 2009 masing-masing menerima wang tunai RM 5 000.00, trofi dan sijil penghargaan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan Anugerah Olahragawan Harapan 2009 kepada atlet perahu layar, Mohd Faizal Norizan dan Saw Wei Tin pula dipilih sebagai Olahragawati Harapan 2009.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 3 000.00, trofi serta sijil penghargaan.

Pasukan bola sepak Liga Super Selangor dibawah kendalian K.Devan meneruskan rentak kecemerlangan apabila dipilih sebagai pasukan terbaik 2009 hasil kejayaan merangkul piala liga super dan piala FA.

Bagi Puan Hajjah Kasmah Aris, penantian sejak 1996 akhirnya berbalas apabila dipilih untuk menerima Anugerah Pegawai Berjasa Negeri Selangor 2006.

"Saya terharu setelah sekian lama saya menanti sejak 1996 saya dicalonkan. Hampir 25 tahun berkhidmat untuk bola jaring daerah dan Selangor. Alhamdulillah sekarang saya merasa nikmatnya," katanya.

Kasmah Aris merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Jaring Selangor.

Turut menerima anugerah sama ialah Lew Choo Lin dari Persatuan Bola Keranjang Selangor dan En. Mahat Abdullah.

Anugerah Khas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2009 pula diberikan kepada mendiang Lee Chee Keong.


Bersama Olahragawati Selangor 2009 & Perenang Negara Khoo Chai Lin

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: