Saturday, July 23, 2011

Riuh Sekampung : Abdul Khalid bidas Najib



SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak yang menyifatkan hebahan pemberian RM 100.00 kepada golongan warga emas di Selangor sebagai ‘riuh sekampung’.

Katanya, terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk memberikan sebanyak mungkin sumbangan kepada rakyat memandangkan apa yang diberikan oleh kerajaan adalah melalui cukai yang dibayar rakyat dan mereka berhak untuk menikmatnya.

“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan dari cukai rakyat. Yang kita berikan ini adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang. Kita berikan sahaja. Itu memang hak rakyat.

“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun keatas dan layak,” katanya.

Sejak Mac 2008, Kerajaan Negeri Selangor dibawah petadbiran Pakatan Rakyat (PAKATAN) memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).

Terbaru, program ‘Jom Shopping’ dibawah dengan memberikan baucar berniai RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun keatas untuk membeli belah.

Sebanyak RM 5juta hingga RM 10juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Abdul Khalid menambah, berdasarkan berpengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati, pengguaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri nak buat, buat macam apa yang Kerajaan Negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.

Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).


to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: