Thursday, August 28, 2008

Kemenagan Di Permatang Pauh Bukti Kebangkitan Rakyat

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi


26 Ogos lalu menjadi saksi kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memenagi semula kerusi parlimen P44 setelah berada dalam buangan apabila disingkirkan daripada parlimen dan kerajaan 10 tahun lalu atas pelbagai pertuduhan yang dilemparkan kepadanya.

kekosongan yang dilakukan oleh penyandang lepas, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga isteri tercinta beliau memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan menang sekaligus meletakkan beliau selaku Ketua Pembangkang baru di Parlimen.

Datuk Seri Anwar yang dihujani tuduhan termasuk tuduhan liwat keatas bekas pembantunya, Saiful Bukhari berjaya mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan majoriti 15 671 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Ariff Shah Omar dan calon AKIM, Hanafi Mamat.

Walaupun BN menggunakan seluruh kuasa media yang dimilikinya namun masih gagal menarik perhatian pengundi untuk memangkah BN dimana Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR yang telah disandang sejak tahun 1982 ketika DSAI mewakili UMNO lagi.

Kemenangan DSAI ini memberi isyarat baru bahawa Pakatan Rakyat begitu komited untuk membantu rakyat yang sedang mengalami krisis kos kehidupan yang tinggi dan membebankan ditambah dengan kenaikkan harga minyak serta barangan.

Hasrat untuk menjejaki Putrajaya yang diwar-warkan dengan begitu komited seolah-olah memberi petanda awal melalui kemenangan ini. tarikh keramat 16 September menjadi igauan buruk kepada pihak kerajaan yang menghitung hari kerana terdapat beberapa ahli parlimen BN dijangka bakal melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan keatas kemenangan ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-Nya yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan berniat baik. insyaallah hasrat menawan Putrajaya pada 16 September akan tercapai hendaknya. semuanya terletak pada takdir Allah....

Kebangkitan Islam Bermula DI SINI!!!!!...Salam Reformasi...ALLAHUAKHBAR.....

see you at the next blog.....afx 23_ann 3242

No comments: