Sunday, November 7, 2010

Torres Pemusnah.....Real Teruskan Penguasaan...=))



assalamualaikum...

post tentang bola plak kali ni...dua goal ledakan Fernando Torres memastikan rekod kebangkitan sempurna Liverpool berterusan setelah membenam pendahulu liga Chelsea awal pagi semalam..

Torres meledak jaringan pertama pada minit ke 11 hasil hantaran Dirk Kuyt yg kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan buku lali memerangkap pertahanan Chelsea yang diketuai John Terry seterusnya menewaskan Peter Cech di gawang Chelsea...



giliran Raul Meireles pula menjadi perancang untuk goal kedua Liverpool sebelum sepakan lencong Fernando Torres sekali lagi menggamatkan Anfield...ini merupakan jaringan ke-6 Torres dari 5 perlawanan menentang Chelsea di Anfield...



Chelsea memasukkan Didier Drogba pada separuh masa kedua untuk memantapkan bahagian serangan ternyata berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Liverpool....tolakan rendah Drogba berjaya ditampat keluar oleh Reina selain menyelamatkan percubaan Nicolas Anelka sebelum singgah ke palang goal....

Liverpool seharusnya menambah jaringan menerusi Kuyt dan Maxi namun peluang tersebut disia-siakan....kemenangan Liverpool ini menjadikan beza pendahulu dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United hanya 2 mata sementara Arsenal tumbang di Emirates kepada Newcastle United hasil jaringan tunggal Caroll...

perlawanan tumpuan pertengahan minggu hadapan menyaksikan United Derby melibatkan Manchester united menentang Manchester City manakala pendahulu Chelsea akan menentang Fulham di Stamford Bridge....Liverpool pula akan berkunjung ke Wigan dan Arsenal akan menentang Wolverhampton....



sementara itu dalam kancah Primera Liga Real Madrid meneruskan aksi mantap setelah menewaskan Athletico Madrid 2-0....madrid mendahului pada minit ke-13 melalui Ricaldo Carvalho...6 minit kemudian Ozil menjaringkan gol kedua untuk Madrid kekal sebagai pendahulu....



mengekori rapat adalah pasukan Barcelona yang turut mencatatkan kemenangan 3-1 terhadap Getafe....Messi, Villa dan Rodriguez masing-masing menjaringkan goal untuk Barcelona...




to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: