Sunday, August 7, 2011

15 Perkara Punca Turunnya Bala Allah..=II



Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu;

1) Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
2) Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3) Zakat dijadikan hutang
4) Suami mengikut kehendak isteri
5) Anak menderhakai ibunya
6) Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
7) Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8) Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9) Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
10) Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
11) Arak diminum di merata-rata tempat
12) Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
13) Para artis disanjung-sanjung
14) Muzik banyak dimainkan
15) Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

(Hadith riwayat Imam Turmizi)

Huraian Hadith:

Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan.

Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

Bukan Berkhutbah, Cuba Betuli Diri Jua...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =II

1 comment:

Unknown said...

best :-) peringatan untuk diri ini juga, aku copy ea.. hahah