Sunday, October 31, 2010

Maxi Penyelamat Liverpool...=))



assalamualaikum

jaringan tunggal maxi rodriguez 4 minit sebelum tamat permainan berjaya mengeluarkan liverpool daripada zon penyingkiran dengan mengumpul 12 mata selepas 10 perlawanan setelah menewaskan bolton wanderers.. liverpool bermula baik dengan beberapa percubaan ke gawang bolton namun semuanya gagal membuahkan hasil...



ketangkasan reina juga menjadi faktor penyelamat kepada liverpool daripada dibolosi setelah percubaan bertali arus bolton ke kubu the reds...

malang buat liverpool apabila Joe Cole terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring dan sekiranya kecederaan tersebut serius, beliau mungkin terlepas aksi piala Europa dan pertembungan dengan the blues di anfield ahad ini..



Liverpool mengalami musim terburuk sejak 50 tahun dengan hanya mencatat 3 kemenangan daripada 10 perlawanan...sejak roy hodgson mengambil alih tampuk jurulatih daripada benitez beliau dilihat gagal untuk membentuk pasukan yang mantap dan berharap dapat menarik beberapa bintang dunia ke anfield pada musim perpindahan dibuka januari ini ditambah dengan sokongan kewangan daripada pemilik baru Liverpool..

perlawanan BPL seterusnya buat Liverpool adalah menentang Chelsea pada ahad dan menentang kelab Italy, Napoli pada rabu untuk saingan Piala Europa..kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Anfield...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: