Saturday, December 11, 2010

Aku Xpernah Terfikir.....=))

1) Aku Xpernah Terfikir - aku akan ada 2 sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Tambun Ipoh & Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah) n 2 sekolah menengah (Sultan Yusuff School & SMK Seri Kampar)

2) Aku Xpernah Terfikir - masa UPSR, PMR & SPM aku dapat 4A sedangkan aku malas giler belajar n susah sgt nak faham apa yang diajar oleh cikgu.....

3) Aku Xpernah Terfikir - aku akan meninggalkan rumah n stay kat hostel lepas sekolah rendah n merantau ke KL lepas habis sekolah menengah

4) Aku Xpernah Terfikir - aku dapat tawaran belajar kat Sultan Perak...Sekolah Menengah Kebangsaaan Sultan Yussuf Batu Gajah, Perak (SYS)

5) Aku Xpernah Terfikir - aku belajar bahasa arab n amik sains tulen masa sekolah menengah

6) Aku Xpernah Terfikir - dalam tempoh 5 tahun aku dah pakai 9 biji Handphone, Nokia N95 aku pakai 2x (Nokia 2300, Motorola, Sony Ericsson K300i, Nokia N95, Nokia N82, Nokia N95, Nokia E63, Nokia N76, Iphone 3G)

7) Aku Xpernah Terfikir - dalam tempoh 5 tahun aku ada 2 buah kereta n semuanya buatan HONDA...(Honda SA6Y 1.8 convert Dohc Vtec B16A & Honda SM4 2.0 Single Cam)

8) Aku Xpernah Terfikir - aku akan belajar di institusi media terbaik di malaysia (Akademi TV3 @ Malaysia Institute of Integrative Media(MIIM))

9) Aku Xpernah Terfikir - aku jatuh cinta dengan seorang gadis yg mukanya cukup garang tapi dia adalah seorang insan yg sangat penyabar n manja.

10) Aku Xpernah Terfikir - gadis yang pernah aku cintai ada 2 buah kereta n sebuah rumah serta terlalu menyayangi keluarganya.

11) Aku Xpernah Terfikir - aku simpan rambut panjang dalam tempoh 2 tahun sampai tahap boleh tochang bergantung kepada getah rambut n cekak.

12) Aku Xpernah Terfikir - yang aku dengan selambanya pergi wedding bekas kekasih aku walhal hati aku berkecamuk frust sebab dia tinggalkan aku sehari sebelum aku exam semester 1 kat IPT.

13) Aku Xpernah Terfikir - aku ada kebolehan jadi seorang keeper walhal masa sekolah dulu aku main wing kiri n defend kanan.

14) Aku Xpernah Terfikir - aku akan bekerja dalam bidang media yang menuntut aku supaya memahami perlbagai perkara mengenainya.

15) Aku Xpernah Terfikir - yang aku akan berkawan dengan artis yg ada kat mnalaysia ni sedangkan dulu tgk dorng kat tv jer....*dorg pun org biasa jer..nothing special..

16) Aku Xpernah Terfikir - yang aku akan terjebak tu kerja dalam side politik sedangkan minat aku lebih kepada dunia sukan.

17) Aku Xpernah Terfikir - aku akan ada nama pena 'Arjuna Kayangan Layangan' n sampai orang senang ingat n siap panggil aku 'Arjun' & 'AKL'.

18) Aku Xpernah Terfikir - yang aku boleh ada ramai kawan dalam facebook n sampai lekat la nama samaran aku yg aku jadikan nama pena.

19) Aku Xpernah Terfikir - yang aku boleh jadi boroi sebab masa aku kecik org dok komplen 'ko ni kecik jer...biler la nak membesar'

20) Aku Xpernah Terfikir - yang mulut becok aku ni membuatkan org diluar terhibur, geram, bengang, marah & macam-macam lagi

21) Aku Xpernah Terfikir - bahawa aku seorang yang optimis n jenis xtakut n suka buat kerja gila & Xtreme

22) Aku Xpernah Terfikir - lepas aku hilang cinta akhirnya aku terlalu sayangkan family aku smpai tiap minggu balik Ipoh.

23) Aku Xpernah Terfikir - yang ex Girlfren aku pernah datang rumah aku n aku pernah datang rumah dia.

24) Aku Xpernah Terfikir - yang 'To Be Continued' akan jadi tagline yg aku selalu guna n letak utk diriku.

25) Aku Xpernah Terfikir - yang aku boleh senaraikan 25 perkara yang 'Aku Xpernah Terfikir' dalam blog aku ni



setakat ini sahaja untuk article 'Aku Xpernah Terfikir'....xlarat nak memikir...semuanya hanya boleh diucapkan dengan satu perkataan ALHAMDULILLAH...

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

3 comments:

I am, are you ? said...

alhamdulillah sebab kau terfikir untuk senaraikan nikmat yg Allah berikan kat kau... subhanallah.

arjuna kayangan layangan said...

alhamdulillah =))

Anonymous said...

;)