Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia...=))

assalamualaikum

pertamanya bersyukur kepada Allah dengan limpah urnia-Nya kita berjaya membawa pulang piala AFF Suzuki 2010 ke bumi Malaysia...

setelah hampir 14 tahun akhirnya malaysia berjaya memenangi piala tersebut buat pertama kali...lebih manis kejayaan yang dikecapi ini hasil semua mereka yang terlibat terutamanya menyerap tekanan hasil daripada kontroversi yang melibatkan rakyat malaysia dan indonesia...

biasa la bola sepak, kompom fans bertelagah...tapi pada aku xkisah la siapa yang anda sokong yang penting kawal diri n perasaan...xpayah la terlalu emosi...just a game...we must enjoy it =))

awal2 aku dah predict malaysia akan tumbang di indonesia tapi piala akan dibawa pulang ke Malaysia...bapak aku siap cakap

"betul kamu cakap indonesia menang tapi malaysia julang piala"

aku berani cakap sebab malaysia bawak bekalan selesa 3-0 pada game kat bukit jalil...kalo malaysia gagal manfaatkan peluang masa main kat malaysia, mungkin situasi akan menjadi sukar...

paling jelas kontroversi LASER HIJAU yang dikatakan menjadikan tumpuan player indonesia masa main kat malaysia terjejas....hahahaa...perdebatan ini berlanjutan sehingga menjadi topik panas di laman sosial twitter n facebook...



tapi insiden jelas menunjukkan penyokong indonesia memulakan dahulu pada perlawan pertama peringkat kumpulan...so fans malaysia balas la balik masa semi final...masa perlawanan final kedua pun mash ada laser yang kelihatan dipancarkan kepada player..

so kira fair n square la...just relax ok...tapi aku respect player indonesia even ketinggalan agreget dorg bermain bermati-matian....defend n keeper malaysia setengan mati tahan asakan...perghh!!!

sayangnya kapten indonesia xleh sempurnakan penalty masa 1st half....kalo masuk kompom game berubah serta merta...malaysia datang jakarta bukan semata2 mempertahankan kelebihan...malah nk cari gol di tempat lawan n akhirnya berhasil melalui mohd safee sali...



tapi yg paling dipuji semestinya keeper malaysia...khairul Fahmi che mat @ apex...memang terbaekkk!!! walaupun belum tahap casillas atau peter schmeichel tp kecekapan beliau memang harus dipuji...



tahniah gak tuk safee kerana menjadi top scorer sepanjang kejohanan dgn 5 gol...pasni korang berdua kompom la high market pasni...indonesia bermain sgt profesional n semangat kesukanan tinggi...kredit kepada mereka juga...



bukan nak kata la, rio fredinand yg pernah main dgn team malaysia pun siap puji...tu maknanya malaysia bermain cemerlang...




ingat bola sepak hanyalah wadah penyatuan...masing2 xperlu emosi atau melenting...jadi la matured fans..

pape pun good luck tuk team malaysia untuk kejohanan mendatang..jangan psni merudum balik...peminat mula yakin dengan pasukan kebangsaaan...jangan hampakan peminat...



MALAYSIA JUARA PIALA AFF SUZUKI 2010

to be continued.....arjuna kayangan layangan =))

No comments: